- Lain-lain
Majlis Perasmian BFA 2024 Diadakan pada Khamis
Majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2024 diadakan di Boao, selatan China pagi tadi, menyaksikan pelbagai subforum dan dialog turut dimulakan.
Subforum yang memfokuskan “prospek ekonomi China” akan diadakan pada petang Khamis. Pakar dan sarjana dari dalam dan luar negara akan mengadakan perbincangan mendalam tentang prospek ekonomi China bagi fasa seterusnya, usaha mewujudkan modenisasi ala China, dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa masa hadapan.
Sementara itu, sub-forum yang bertemakan “Inisiatif Keselamatan Global: Merungkai Masalah Keselamatan, Bersama-sama Mendorong Keamanan Dunia” juga akan diadakan pada hari yang sama.
Pegawai dari Kementerian Luar dan Kementerian Pengurusan Kecemasan akan mengadakan perbincangan dengan para para peserta tentang topik koordinasi antara GSI dengan dasar atau konsep keselamatan dari pelbagai negara, organisasi antarabangsa dan serantau.
Selain itu, dialog usahawan China-Australia, dialog usahawan China-Eropah dan sidang meja bulat pelaburan dan pembiayaan hijau Jalur dan Laluan (BRI) juga akan diadakan hari ini.
- Pembangunan Boao Jelas Terasa
- BFA: Asia Sokong Kestabilan dan Pertumbuhan Ekonomi Sejagat
- CICPE ke-4 Akan Diadakan di Hainan
- Persidangan Tahunan BFA 2024 Dimulakan
- BFA akan Galak Masyarakat Antarabangsa Tangani Cabaran Bersama - Ahli Ekonomi
- Sidang Tahunan Forum Asia Boao Bermula
- Zhao Leji Bakal Hadir Forum Bo'ao untuk Asia 2024
- Pusat Media Forum Boao untuk Asia Dibuka Hari Ini
- BFA 2024 Tumpu kepada Tangani Cabaran Bersama
- Budaya Etnik Tempatan Hainan Dipamerkan pada BFA