• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Meski Dikelilingi Daratan, Xinjiang Berjaya Ketengah Produk Akuatik

    Meski Dikelilingi Daratan, Xinjiang Berjaya Ketengah Produk Akuatik

    Industri produk akuatik di barat Laut China yang dikelilingi daratan, iaitu wilayah autonomi Uygur Xinjiang, kini terus berkembang pesat pada tahun ini berikutan peningkatan dalam permintaan.

    Minggu lalu, 10 tan metrik larva ketam telah dimasukkan ke dalam Takungan Nanping di daerah Moyu di pinggir Gurun Taklimakan iaitu gurun beralih kedua terbesar di dunia.

    Pengurus Syarikat Pembangunan Eko-Pertanian Kehui Hotan, Abudulrezak Memeturson berkata bahawa takungan itu dibina bagi menampung air salji cair daripada Pergunungan Kunlun yang disifatkan sesuai untuk pembiakan ketam air tawar.

    "Suhu air kini telah menjadi sesuai untuk anak ketam berkembang. Lebih 98 peratus boleh bertahan di sini, jadi kami menjangkakan dapat membiak kira-kira 40 tan ketam pada musim luruh.

    "Dan, lebih penting lagi, ketam yang dibesarkan dalam air salji cair dengan kesan garam dan rasa alkali adalah sangat enak," ujar pengurus syarikat yang membiak ketam itu.

    Memetik statistik kerajaan tempatan, Moyu yang terletak di wilayah Hotan di selatan Xinjiang kini mempunyai 123 kolam akuakultur air tawar yang boleh menghasilkan sehingga 3,800 tan produk akuatik setahun.

    Pada musim luruh yang lalu, makanan laut dari Xinjiang mendapat sambutan orang ramai susulan pembuangan air tercemar radioaktif Jepun yang mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan makanan laut dan keadaan persekitaran marin.

    Xinjiang turut terkenal dengan tempoh cahaya mataharinya yang panjang, padang pasir yang luas dan gunung berceranggah, serta beriklim sangat kering, iaitu elemen-elemen tidak sesuai untuk pengeluaran makanan laut berikutan kekurangan jumlah air yang diperlukan. Namun, rantau itu juga mempunyai pelbagai sungai, tasik, takungan dan kolam, yang membolehkan industri produk akuatik berkembang maju.

    Untuk mensimulasikan persekitaran lautan dan membiak makanan laut di Xinjiang, petani dan juruteknik telah melaraskan air masin-alkali tempatan agar serupa dengan air laut semula jadi.

    “Menjelang September, orang ramai akan dapat menikmati makanan laut seperti kerapu dan tiram yang ditanam di ladang makanan laut yang mengubah air tasik masin menjadi air laut tiruan di bandar Artux di selatan Xinjiang,” kata Cai Huanhua yang bertanggungjawab terhadap operasi ladang itu.

    Tambahnya, ladang tersebut terletak kira-kira dua kilometer dari tasik masin, dan unsur mikro serta pro-biotik telah ditambah kepada air dari tasik garam untuk mengubahnya menjadi air laut buatan yang sesuai untuk membiak produk akuatik.

    "Kami boleh menawarkan orang ramai hidangan laut dari tempat yang jauh dari laut sebenar," kata Cai.

    Jelas beliau, ladang itu dijangka menghasilkan 130 tan makanan laut tahun ini dan menjana pendapatan lebih daripada RMB17 juta (USD2.35 juta)

    "Kami mahu menggalakkan lebih ramai penduduk tempatan terlibat dalam penternakan makanan laut supaya mereka boleh menghasilkan lebih banyak pendapatan di halaman masing-masing," ujar Cai.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>