• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    China Berjaya Lahirkan 340 ‘Unicorn’, Kedua Terbanyak di Dunia

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 12 April 2024
    China Berjaya Lahirkan 340 ‘Unicorn’, Kedua Terbanyak di Dunia
    (Foto/CFP)

    Setakat hujung 2023, China berjaya melahirkan 340 ‘unicorn’, iaitu syarikat pemula selepas tahun 2000, dengan nilai lebih daripada 1 bilion dolar Amerika, namun masih belum disenaraikan dalam pasaran saham.

    Menurut Indeks Unicorn Global yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Hurun di Provinsi Guangzhou, di selatan China pada Selasa, angka tersebut merupakan yang kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.

    Memetik laporan tersebut lagi, pada tahun lalu, China menghasilkan lebih daripada satu ‘unicorn’ baharu pada setiap minggu.

    Berbanding tahun terdahulu, jumlah ‘unicorn’ China meningkat sebanyak 24 buah, dan ia didahului oleh syarikat dari sektor kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, serta tenaga baharu.

    Pemerhati industri pula berpendapat bahawa kelahiran banyak ‘unicorn’ di China adalah sejajar dengan pelan ekonomi yang mahu mewujudkan tenaga produktif berkualiti baharu, sekali gus menjadi petanda baik kepada China selaku kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.

    Felow penyelidik di Akademi Sains Sosial Beijing, Wang Peng ketika diwawancara Global Times pada Selasa menyifatkan peningkatan angka tersebut sebagai mencerminkan kedinamikan dan kekuatan teknologi dalam ekonomi China.

    Ujar beliau, ‘unicorn’ China amnya terlibat dalam industri teknologi tinggi, iaitu kunci penggerak kepada pembangunan teknologi pada masa kini. Ia juga memberi indikator bahawa penggunaan dan pembangunan teknologi di China dalam bidang-bidang tersebut telah mencapai tahap maju dunia.

    Untuk rekod, platform internet China yang juga syarikat induk kepada aplikasi perkongsian video Douyin iaitu ByteDance, kekal menjadi ‘unicorn’ paling berharga di dunia meskipun menghadapi ancaman sekatan kerajaan Amerika, dengan nilai sekitar 220 bilion dolar Amerika.

    Antara syarikat pemula dari China yang turut tersenarai dalam 10 teratas adalah Ant Group iaitu syarikat kewangan milik Alibaba; peruncit fesyen pesat iaitu Shein; serta bank digital milik Tencent iaitu WeBank.

    Sementara itu, 18 ‘unicorn’ China turut terpapar dalam senarai Hurun 2022 yang memegang IPO, sekali gus jauh mendahului lima di Amerika dan enam yang lain dari seluruh dunia.

    “Sokongan padu kerajaan China terhadap keusahawanan dan inovasi telah menyediakan persekitaran dasar dan sokongan kewangan yang menggalakkan.

    “Di samping itu, permintaan besar pasaran China menyediakan ruang dan peluang yang luas untuk pembangunan syarikat ‘unicorn’,” ujar Wang.

    Untuk tahun 2023 sahaja, sejumlah 1,453 ‘unicorn’ telah diwujudkan. Amerika Syarikat mengungguli senarai tersebut dengan 703 syarikat, iaitu menambah 37 daripada tahun 2022, manakala India yang menduduki tangga ketiga senarai itu mempunyai 67 syarikat, berkurangan satu daripada 2022.

    Jumlah keseluruhan ‘unicorn’ di dunia telah mencapai angka 5 trilion dolar Amerika, iaitu menyamai KDNK Jepun pada tahun lalu.

    “Dunia kini boleh dibahagikan kepada tiga apabila disentuh tentang ‘unicorn’; iaitu AS, China dan ‘Rest of the World.’ AS mempunyai separuh ‘unicorn’ di dunia, didahului oleh perkhidmatan perisian, fintech dan AI, sementara China meliputi satu perempat dengan didahului oleh AI, semikonduktor dan tenaga baharu.

    “Negara-negara lain pula meliputi seperempat lain dengan didahului oleh fintech dan e-dagang,” kata Rupert Hoogewerf, Pengerusi Laporan dan Ketua Penyelidik Hurun.

    Beliau berkata, tahun 2023 merupakan tahun AI, dengan OpenAI menjadi pendahulu menerusi produk ChatGPT dan AI genator tulisan-ke-video, Sora. Di China, Moonshot AI dari Beijing yang berusia setahun serta MiniMax yang berusia dua tahun dari Shanghai sedang mendahului bagi inovasi produk seperti ChatGPT.

    Menurut Wang, ‘unicorn’ China akan terus bersinar dalam sektor termasuk AI, tenaga baharu dan bioteknologi, secara tidak langsung menyuntik kedinamikan terhadap pembangunan ekonomi global.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>