- Lain-lain
Wakil Tetap Baharu China ke PBB Serah Surat Tauliah
Wakil Tetap baharu China ke PBB yang juga Duta Besar yang berkuasa penuh, Fu Cong telah menyerahkan surat tauliah kepada Setiausaha Agung PBB, António Guterres di ibu pejabat PBB di New York semalam waktu tempatan.
Fu berkata, China sebagai penyokong dan penyumbang terhadap usaha PBB, bersedia meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi PBB, serta menggerakkan amalan multilateralisme dan multipolar dunia supaya dapat mendorong tadbir urus global berkembang ke arah yang lebih adil dan rasional.
Menurut Fu, konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Tamadun Global (GCI) yang dikemukakan Presiden Xi Jinping bertepatan dengan prinsip Piagam PBB.
"Saya akan berpandukan pelbagai inisiatif anjuran Presiden Xi mendorong pelbagai negara bersatu-padu dan bekerjasama dalam kerangka PBB, bersama-sama menghadapi cabaran dan membina masa depan," kata Fu.
António Guterres pula berkata, PBB mempunyai hubungan rakan yang rapat dengan China dalam pelbagai bidang. Beliau menyanjung tinggi terhadap konsep penting dan tiga inisiatif anjuran Presiden Xi. PBB mengambil berat terhadap peranan penting yang dimainkan China dalam bidang kedamaian, keamanan, pengurangan kemiskinan dan pembangunan, misi pasukan pengaman, perubahan iklim, pembaharuan sistem kewangan antarabangsa serta urusan monetari PBB, dan bersedia mengekalkan penyelarasan dan kerjasama yang rapat dengan China.
- Perlunya Siasat Punca Kebocoran Nord Stream: Duta China
- Negara Berkaitan Digesa Tarik Balik Sekatan Haram
- Dunia Diseru Beri Respons Positif Terhadap Pembatalan Sekatan terhadap Sudan
- Pembangunan Diutamakan dalam Pembinaan Keamanan
- Dialog dan Rundingan, Cara Paling Realistik untuk Selesaikan Krisis Ukraine
- China Menentang Sekatan Sepihak AS Sewenang-wenangnya