- Lain-lain
Perdagangan China-Jerman Didorong ke Arah Lebih Optimum dan Seimbang - PM Li
Kedua-dua pihak China dan Jerman diharap memanfaatkan dengan sepenuhnya mekanisme dialog pelbagai peringkat termasuk rundingan kerajaan China-Jerman, meningkatkan perancangan dan penyelarasan dalam kerjasama melibatkan pelbagai bidang, mendorong perdagangan dua hala berkembang ke arah yang lebih optimum dan seimbang, menambah peluang kepada pelbagai bidangan baharu seperti kenderaan elektrik bateri (BEV), ekonomi digital, kecerdasan buatan dan pembangunan hijau, di samping merancakkan pertukaran keanggotaan, serta kerjasama di peringkat daerah melibatkan kebudayaan, sukan, kalangan muda, pendidikan, sains dan penyelidikan.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang ketika ditemui rakan sejawatnya dari Jerman, Olaf Scholz di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada petang Selasa.
"China yang konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan, bersedia mengimport lebih banyak produk berprestij dari Jerman dan akan terus memberikan layanan perniagaan yang lebih baik kepada syarikat pelabur dari pelbagai negara termasuk Jerman yang bertapak di China. Sementara itu, China berharap agar Jerman melonggarkan sekatan pengeksportan produk berteknologi tinggi ke China dan memberikan layanan perniagaan yang saksama, telus, terbuka dan tanpa diskriminasi kepada syarikat China yang berkembang di Jerman," kata Li.
"Kejayaan China yang mendominasi industri tenaga alternatif dalam senario global, adalah berkat usaha gigih melalui persaingan pasaran, dan tidak berkaitan dengan subsidi kerajaan. Dengan adanya industri tenaga alternatif yang mempunyai kapasiti yang besar dan produk yang berkualiti, China mampu memberikan sumbangan holistik kepada pembangunan hijau di sejagat," tambah Li.
Scholz yang berada dalam jadual lawatannya di China, menyatakan bahawa Jerman bersedia bersama-sama dengan China, rakan kerjasama yang penting, meningkatkan dialog dan komunikasi di pelbagai peringkat, memperkasakan kerjasama dalam bidang kewangan, pertanian, transformasi hijau dan tenaga boleh diperbaharui, menggerakkan pertukaran kebudayaan, pendidikan dan sukan di kalangan rakyat, bersama-sama menyahut cabaran yang wujud dalam isu perubahan iklim dan mendorong perkongsian strategik segenap aspek Jerman-China berkembang terus.
"Jerman menentang 'cantas hubungan' dan amalan perlindungan perdagangan, dan bersedia bersama China berusaha membina suasana persaingan yang saksama dan memperluas kerjasama dua hala," kata Scholz.
Selepas pertemuan itu berakhir, Li Qiang dan Scholz bersama-sama menghadiri satu majlis libat urus anjuran Jawatankuasa Penasihat Ekonomi China-Jerman, menyaksikan penandatanganan sejumlah dokumen kerjasama dua hala dan mengikuti sesi temu bual dengan wartawan.
- China, Jerman Komited Eratkan Hubungan Bilateral Rancakkan Pertukaran
- Peng Liyuan Terima Kunjungan Koir Mandarin dari Jerman
- Panda Gergasi Meng Xiang dan Meng Yuan Selamat Kembali ke China dari Jerman
- Pertemuan Xi dengan Canselor Jerman Secara Maya
- China, Jerman Mahu Lonjakkan Ikatan, Perkukuh Kolaborasi
- PM Li Qiang Bertemu Presiden Steinmeier
- PM Li Qiang Mulakan Lawatan di Jerman
- Qin Gang Ditemui Bundeskanzler Jens Plotner
- Olaf Scholz Bertemu dengan Qin Gang
- Qin Gang Bertemu Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock