- Lain-lain
China Bantah AS Tempatkan Sistem Pelancaran Peluru Berpandu di Filipina
Menurut laporan berkenaan, Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) di Lautan Pasifik mengumumkan pihaknya telah menempatkan sistem pelancaran peluru berpandu jarak sederhana di pulau Luzon, Filipina tidak lama dahulu, dan ada pendapat yang berbunyi bahawa tindakan AS itu bertujuan mengancam China.
Mengenai laporan tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China sentiasa bersuara lantang menentang AS menempatkan peluru berpandu jarak sederhana di rantau Asia Pasifik yang dilihat sebagai tindakan sepihak untuk mendominasi dalam bidang ketenteraan, dan dipercayai akan meningkatkan ketegangan di rantau ini. Sehubungan itu, China mendesak AS agar menghormati keprihatinan negara lain dalam bidang keselamatan, menghentikan gerak-geri yang bertujuan mencetuskan konfrontasi ketenteraan dan menjejaskan kestabilan serta keamanan rantau ini.
Sementara itu, Filipina diingati tentang motif AS yang sebenar dan kerugian besar akibat mengampu AS serta jangan sampai 'harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan'.