• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Program STEM China Antara Terbaik di Dunia

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 22 April 2024
    Program STEM China Antara Terbaik di Dunia

    Universiti-universiti di tanah besar China semakin memperkukuh kedudukan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, demikian menurut penarafan Quacquarelli Symonds (QS) Kedudukan Universiti-universiti Dunia 2024 mengikut Subjek.

    Difahamkan, kimia menonjol sebagai subjek yang paling berjaya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam kalangan universiti di tanah besar, dengan 49 institusi tersenarai dalam ranking.

    Universiti Peking berada di kedudukan ke-13 di peringkat global, yang menyaksikan peningkatan lima kedudukan berbanding tahun lepas, selain turut memperoleh tempat teratas dalam bidang itu dalam kalangan universiti di tanah besar.

    Ia kemudian disusuli oleh subjek biologi, dengan diwakili oleh 48 universiti dari tanah besar. Universiti Tsinghua melonjak lapan anak tangga untuk menduduki tempat ke-24 di seluruh dunia, sekali gus meletakkan ia sebagai universiti di tanah besar yang terbaik dalam bidang itu.

    Manakala, sains bahan pula muncul sebagai subjek ketiga terkuat untuk universiti di tanah besar, dengan 46 institusi menempa tempat dalam ranking. Untuk rekod, Tsinghua mengekalkan kedudukan teratasnya dalam kalangan universiti di tanah besar dalam bidang itu, selain memperoleh tempat ke-12 di seluruh dunia, turun daripada tempat ke-10 tahun lepas.

    Sains komputer menyusuli sains bahan, dengan 43 universiti di tanah besar disenaraikan dalam ranking. Tsinghua telah mencapai kemajuan yang ketara di kawasan itu, dengan mendaki empat kedudukan untuk mendapatkan tempat ke-11 di seluruh dunia.

    Secara keseluruhannya, tanah besar China menduduki tempat ketiga di peringkat global dalam bilangan institusi yang mengambil bahagian, secara tidak langsung mempamerkan kedua-dua kekuatan sedia ada, serta perkembangan baharu. Universiti tanah besar mempunyai 882 program merentasi 54 mata pelajaran dalam ranking, meningkat daripada 851 tahun lepas.

    Tahun ini menyaksikan peningkatan 25 peratus dalam prestasi kedudukan keseluruhan Universiti Peking dalam 44 mata pelajaran, diikuti oleh Universiti Fudan dan Tsinghua. Namun, Tsinghua mengatasi Universiti Peking dalam mata pelajaran yang disenaraikan dalam 10 teratas global, dengan empat program berbanding dua Universiti Peking.

    Pada masa sama, kedudukan global tertinggi Tsinghua iaitu yang kelima, adalah bukan dalam bidang STEM, tetapi dalam sejarah seni, menonjolkan kepelbagaian yang semakin meningkat dalam universiti tanah besar. Kemasukan Konservatori Muzik Shanghai dalam penarafan juga menunjukkan landskap akademik yang berkembang di tanah besar.

    Banyak institusi tanah besar lain mendapat pengiktirafan untuk program tertentu. Program pertanian dan perhutanan China Agricultural University berjaya mencapai kedudukan 10 teratas global buat pertama kali, sementara program pergigian Universiti Sichuan menyaksikan lonjakan ketara ke nombor 12 di dunia.

    "Empat universiti tanah besar China berada dalam kedudukan 50 teratas global untuk bidang ini.

    "Ini mengukuhkan kedudukan China sebagai pemain utama dalam revolusi perindustrian kelima, dengan universitinya berada di barisan hadapan memacu transformasi ini," kata Ben Sowter, naib presiden kanan QS.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>