- Lain-lain
HK Lantang Bantah Fitnah AS dalam "Laporan Hak Asasi Manusia" 2023
Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong (HK) menyatakan ketidakpuasan dan bantahan keras terhadap apa yang disebut “l(fā)aporan hak asasi manusia 2023” yang diedarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai sebahagian isi kandungan yang tidak selaras dengan fakta dan kurang tepat mengenai HK.
Jurucakap kerajaan HK mengatakan, pihaknya bertindak pantas memastikan hak asasi manusia penduduk HK terjamin di bawah naungan Perlembagaan dan Undang-Undang Asas sejak wilayah itu dikembalikan ke pangkuan tanah air, selain dengan teguh tak berganjak, menyeluruh dan tepat melaksanakan Undang-Undang Keselamatan Negara melibatkan HK, Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Negara serta akta-akta yang bertujuan memelihara keselamatan negara di wilayah itu.
Penguatkuasaan undang-undang yang berkesan terbukti kondusif bagi mencegah aktiviti yang bertujuan menjejaskan keselamatan negara, dan mendorong pelaksanaan dasar “satu negara dua sistem” ke arah yang mampan dan konsisten.
Kerajaan HK bersuara lantang menuntut AS segera menghentikan campur tangan terhadap urusan pentadbiran dalaman China termasuk urusan HK, yang dilihat tidak sejajar dengan undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa.