- Lain-lain
China Bantah Campur Tangan AS terhadap Urusan Macao
Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Macao China membantah dengan tegas apa yang disebut “l(fā)aporan hak asasi manusia pelbagai negara 2023” yang diedarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mutakhir ini, yang mencalar imej Macao dalam bidang hak asasi manusia tanpa mengambil kira fakta yang sebenar.
Menurut satu pengumuman yang dikeluarkan kerajaan Macao sebagai respons, tempoh masa selama 25 tahun lalu sejak Macao dikembalikan ke pangkuan tanah air, telah menyaksikan pelaksanaan dasar “satu negara dua sistem” dan Undang-Undang Asas Macao" yang konsisten dan menyeluruh, tercapainya lonjakan besar dalam pembangunan ekonomi tempatan, rakyat hidup dalam suasana bebas dengan menikmati hak dan kepentingan yang menyeluruh, dan tercapainya prestasi pembangunan yang sudah mendapat pengiktirafan tinggi dari masyarakat antarabangsa serta komuniti tempatan.
Kerajaan Macao berharap AS menghormati fakta yang objektif, menghentikan amalan yang bersifat “dwistandard” dan prejudis, menaati prinsip undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, dan menghentikan campur tangannya terhadap urusan dalaman China termasuk urusan di Macao dengan alasan hak asasi manusia.