• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Dakwaan Lebih Banyak Eksport Bersamaan Lebihan Kapasiti Tidak Berasas

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 25 April 2024

    Kenderaan tenaga baharu (NEV), bateri litium dan produk fotovolta. Tahun lepas, eksport produk “tiga tonggak baharu” China tersebut direkodkan melebihi satu trilion yuan(660 bilion ringgit) buat kali pertama, iaitu peningkatan hampir 30 peratus.

    Komuniti perniagaan antarabangsa telah memuji China kerana mempromosikan transformasi tenaga hijaunya yang mapan. Walau bagaimanapun, terdapat individu di Amerika Syarikat melabelkan industri tenaga baharu China sebagai “l(fā)ebihan kapasiti”. Mereka mendakwa bahawa “komoditi eksport yang terlalu banyak bermakna lebihan kapasiti”. Dengan kata lainnya, ia bermaksud kapasiti pengeluaran China sangat melampaui permintaan domestik China dan melampaui kapasiti pasaran global.

    Hakikatnya, dakwaan seperti itu tidak berasas sama sekali.

    Nicholas Lardy, felow kanan di Peterson Institute for International Economics, sebuah badan pemikir Amerika Syarikat secara terus terang menafikan dakwaan tersebut.

    “Pendapat seperti itu seolah-olah bermakna tiada negara harus mengeluarkan produk melebihi kapasiti jualan domestiknya,” ujarnya.

    Menurut logik sesetengah pakar dari Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain, jika kapasiti pengeluaran negara melebihi permintaannya sendiri, maka ia adalah “l(fā)ebihan kapasiti.”

    Faktanya, Amerika Syarikat juga adalah pengeksport sejumlah besar cip, pesawat, kacang soya dan komoditi lain setiap tahun. Justeru, adakah ini bermakna Amerika Syarikat juga mempunyai "lebihan kapasiti"?

    Adakah China benar-benar mengeksport banyak produk tenaga baharu?

    Dari segi kadar pertumbuhan, produk “tiga tonggak baharu” China telah menjadi popular di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun lalu, mencapai pertumbuhan pesat dalam eksport. Namun, dari segi perkadaran, eksport NEV China menyumbang kepada kadar bahagian pengeluaran yang jauh lebih rendah daripada negara seperti Jerman, Jepun dan Korea Selatan.

    Sebagai contoh, Jerman mengeluarkan 4.1 juta kereta tahun lepas, dengan 3.1 juta daripadanya dieksport ke luar negara, menyumbang hampir 80 peratus daripada jumlah keseluruhan. Tahun lepas, China mengeluarkan 9.587 juta NEV dan mengeksport 1.203 juta kenderaan, menyumbang hanya satu perlapan daripada jumlah keseluruhan.

    Jadi, adakah kapasiti pengeluaran hijau China benar-benar “berlebihan”?

    Di bawah keadaan ekonomi pasaran, keseimbangan antara bekalan dan permintaan adalah relatif, dan ketidakseimbangan adalah perkara biasa. Pengeluaran yang melebihi permintaan secara sederhana adalah kondusif untuk menggalakkan persaingan pasaran, keberlangsungan bagi pembekal yang stabil, menggalakkan inovasi teknologi sekali gus membolehkan pengurangan kos. Ia adalah kondusif untuk membolehkan pengguna dari seluruh dunia mendapatkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik pada kos yang lebih rendah.

    Harga adalah “penunjuk arah angin” yang penting untuk menilai hubungan antara penawaran dan permintaan. Sekiranya terdapat “l(fā)ebihan kapasiti” seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang di Amerika Syarikat, harga produk tenaga baharu China di pasaran antarabangsa harus kekal rendah.

    Adakah sememangnya begitu keadaanya? Apabila eksport kenderaan elektrik China meningkat, harga jualan purata bagi kenderaan elektrik terkemuka China di Eropah adalah kira-kira dua kali ganda daripada China. Peningkatan kuantiti dan harga bermakna permintaan jelas melebihi pengeluaran. Logiknya, mana mungkin terdapat unsur “l(fā)ebihan”?

    Apabila membincangkan isu kapasiti pengeluaran, kita juga seharusnya mempunyai perspektif global.

    Pada masa ini, masih terdapat ruang yang besar untuk pertumbuhan NEV di bandar kategori ketiga dan keempat?serta pasaran luar bandar China.

    Terdapat penganalisis yang meramalkan bahawa kadar penembusan NEV di China akan meningkat daripada 35.2 peratus pada 2023 kepada 60 peratus pada 2033. Dalam erti kata lain, bagi memenuhi peningkatan keperluan oleh lebih daripada 1.4 bilion rakyat China yang menginginkan kuailiti hidup yang lebih baik, pembangunan industri tenaga baharu, peningkatan kapasiti pengeluaran serta tahap teknologi tidak dapat dipisahkan. Tiada siapa yang layak untuk mengkritik perkara ini.

    Menurut anggaran Agensi Tenaga Antarabangsa, permintaan global untuk kenderaan tenaga baharu akan mencapai 45 juta unit pada 2030. Jumlah ini adalah lebih empat kali ganda berbanding 2022.

    Permintaan global untuk kapasiti terpasang fotovolta baharu pula akan mencapai 820 GW. Ia adalah kira-kira empat kali ganda daripada 2022. Faktanya, bukan sahaja tiada "lebihan" produk tenaga baharu dalam pasaran global, malah tidak mencukupi!

    Sebagai pengeluar penting produk hijau, China tidak mempunyai sebab untuk tidak menyertai dan mengambil bahagian secara aktif.

    Malah, dalam bidang tenaga baharu, syarikat China terus menyumbang kepada dunia. Di Hungary, BYD sedang membina pangkalan pengeluaran kenderaan tenaga baharu secara berperingkat, yang dijangka mewujudkan ribuan peluang pekerjaan tempatan. Di Thailand, Changan, SAIC, BYD dan syarikat lain sedang giat membina kilang, dengan jumlah pelaburan yang dirancang lebih daripada 10 bilion yuan (6.6 bilion ringgit).

    Sama ada mereka mengeksport produk untuk memenuhi keperluan pasaran global, mahupun membina kilang di luar negara untuk merangsang pelaburan, serta mewujudkan peluang pekerjaan dan mengembangkan industri, syarikat tenaga baharu China sentiasa mengejar manfaat bersama, memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak, sekali gus membolehkan pembangunan mampan bersama.

    Menuduh China mempunyai lebihan kapasiti dan menyembunyikan niat jahat untuk perlindungan perdagangan adalah tidak benar sama sekali. Pandangan usahawan Perancis, Bertrand adalah tepat pada titik utama.

    “Isu substantif dalam hujah yang berkaitan adalah daya saing, bukan kapasiti pengeluaran. Beberapa negara Barat bimbang China membangun terlalu pantas, seterusnya syarikat China menjadi semakin kompetitif, yang akan mengancam kedudukan dominan mereka dalam bidang berkaitan,” ujar beliau.

    Menggunakan perlindungan perdagangan yang remeh untuk mengikat pembangunan industri tenaga baharu global semestinya akan melemahkan tindak balas negara terhadap perubahan iklim dan keupayaan untuk menggalakkan pembangunan hijau. Pada akhirnya, mereka akan “menganiaya diri sendiri.”

    Perdagangan antarabangsa bukanlah "permainan campur-tolak" yang bermaksud anda kalah, saya menang. Dengan kerjasama terbuka dan manfaat bersama, pasaran untuk produk hijau global akan terus berkembang lebih luas, sekali gus menyediakan masyarakat manusia dengan masa depan yang lebih baik.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>