• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Tutor Sukarelawan Dwibahasa Antarabangsa Perbaik Pertukaran Budaya di Muzium Liangzhu

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 25 April 2024

    Foto Emma Chen, tutor sukarelawan dwibahasa di Muzium Liangzhu di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Yuan Meng)

    Foto Emma Chen, tutor sukarelawan dwibahasa di Muzium Liangzhu di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Yuan Meng)

    Berkhidmat sebagai tutor sukarelawan dwibahasa di Muzium Liangzhu, bandar Hangzhou, ibu kota provinsi Zhejiang di timur China, Emma Chen

    bertanggungjawab untuk mempromosikan Budaya Liangzhu purba dalam bahasa Mandarin dan Inggeris kepada kedua-dua pelawat dari China dan luar negara.

    Selepas menamatkan pengajian di menara gading dalam pengajian China dan Oriental di Amerika Syarikat, Chen kemudiannya berpindah ke China dan telah menetap di Hangzhou selama hampir sedekad.

    Minat mendalamnya terhadap muzium telah membawanya ke tapak bersejarah dan muzium yang terkenal di seluruh China, termasuk Muzium Yinxu, Muzium Tapak Jambatan Kuahu dan Muzium Sanxingdui.

    Secara kebetulan, kunjungan Chen secara kerap ke Muzium Liangzhu serta jalinan hubungan akrab dengan kakitangan muzium itu menyaksikan dirinya ditawarkan untuk menjadi sukarelawan.

    "Pada satu ketika saya datang ke sini, seseorang bertanya kepada saya sama ada saya mahu menjadi sukarelawan. Saya sangat teruja kerana saya sentiasa mahu melakukan sesuatu seperti itu," jelasnya sambil menyifatkan bahawa pengalaman tersebut sebagai "yuanfen", atau satu kebetulan dan takdir dalam bahasa China.

    Peranan tutor sukarelawan dwibahasa adalah mencabar dan memerlukan masa dan tenaga yang banyak, selain kegigihan untuk melakukan kajian dan penyelidikan harian bagi menyampaikan naratif yang kaya dengan tepat untuk setiap pameran.

    Emma Chen (kiri), tutor sukarelawan dwibahasa di Muzium Liangzhu di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China, sedang memberikan penerangan pameran kepada pelawat asing. (People’s Daily Online/Yuan Meng)

    Emma Chen (kiri), tutor sukarelawan dwibahasa di Muzium Liangzhu di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China, sedang memberikan penerangan pameran kepada pelawat asing. (People’s Daily Online/Yuan Meng)

    Chen turut menyesuaikan penyampaiannya untuk memenuhi latar belakang budaya khalayaknya, dalam bahasa China dan Inggeris.

    "Sudah tentu terdapat perbezaan besar antara apa yang saya lakukan dalam bahasa China dan apa yang saya lakukan dalam bahasa Inggeris," katanya sambil menambah bahawa ia adalah kerana latar belakang budaya yang berbeza.

    "Kerana khalayak dari luar negara tidak memahaminya dengan baik. Kami perlu bercerita dengan lebih banyak lagi," ujar Chen lagi.

    Wanita itu turut tertarik dengan Budaya Liangzhu kerana Runtuhan Arkeologi Bandar Liangzhu membuktikan kewujudan sekurang-kurangnya 5,000 tahun tamadun China.

    "Ketika saya menuntut di universiti, saya mempunyai seorang profesor yang mengatakan perkara seperti 'Orang Cina selalu mengatakan mereka mempunyai 5,000 tahun tamadun, tetapi ia tidak benar, (dan) hanya cerita (dongeng).'

    "Pada masa itu, saya sedang melakukan penyelidikan mengenai China dan saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan. Tetapi selepas saya datang ke Liangzhu, saya boleh memberi mereka buktinya. Selepas anda mengadakan lawatan ini, anda akan faham bagaimana keadaan China 5,000 tahun yang lalu, dan bagaimana sejarah China 5,000 tahun dahulu.

    "Selain itu, kami akan memastikan semua orang berseronok apabila mereka berkunjung ke sini," kata Chen yang gemar mempromosikan budaya Liangzhu kepada pelawat.

    Foto Emma Chen, seorang tutor sukarelawan dwibahasa di Muzium Liangzhu di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Yuan Meng)

    Foto Emma Chen, seorang tutor sukarelawan dwibahasa di Muzium Liangzhu di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Yuan Meng)

    Memandang ke hadapan dan bercakap tentang rancangan masa depannya, Chen berkata bahawa dirinya mahu melakukannya secara lebih profesional.

    "Sebagai orang asing, saya mungkin tahu lebih sedikit tentang apa yang penonton antarabangsa mahu. Jadi saya ingin mencuba melalukan lebih penyelidikan agar boleh menerangkan konsep dengan lebih baik kepada khalayak asing," tambahnya.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>