- Lain-lain
Xi Utus Tahniah Perasmian Sidang Kemuncak OIC
Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah sempena perasmian sesi ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia pada Sabtu.
Xi berkata China dan negara OIC sentiasa saling menyokong dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama satu sama lain.
Kerjasama pragmatik membuahkan lebih banyak hasil dan hubungan muhibah semakin diperkukuh sehingga menjadi contoh baik kerjasama Selatan-Selatan.
Xi menyatakan hasrat ingin bersama negara berkenaan untuk memantapkan persahabatan tradisional, mempertingkat rasa saling percaya dari segi politik serta memperkasa kolaborasi pragmatik dan interaksi sesama tamadun.
Diharap sinergi dibentuk untuk melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global serta menyumbang ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan, tambah beliau.