• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Mahasiswi Serbia Terokai Daya Tarik China

    "Saya ingin tahu mengapa China berkembang begitu baik pada abad ke-21," ujar Yovana Marsenic, mahasiswi jurusan politik antarabangsa di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing dari Serbia ketika ditanya tentang sebab dia datang ke China.

    Keserasian antara Marsenic dengan China bermula pada 2017 apabila dia cemerlang dalam peperiksaan kemasukan dan kemudiannya mendaftar di Universiti Belgrade untuk belajar bahasa Mandarin, sekali gus menandakan permulaan perjalanannya dalam mempelajari bahasa itu.

    Pada 2019, Marsenic berpeluang ke Universiti Xi'an Jiaotong untuk mengikuti program pertukaran.

    Menjejakkan kaki ke China buat pertama kali, mahasiswi Serbia itu terpesona dengan keindahan negara itu yang disifatkannya sebagai asing, tetapi dekat.

    "China adalah sebuah negara yang hebat dengan sejarah yang panjang dan budaya yang menarik, dan saya tidak pernah berasa puas untuk mengetahuinya," kata Marsenic sambil mengimbas kembali pengalamannya melawat tapak terkenal seperti pahlawan Terracotta dan kawasan pemandangan Kota Everbright di Xi' an, provinsi Shanxi di barat laut China.

    Walaupun program pertukaran hanya berlangsung sebulan, pengalaman berharga itu menanam benih di hati Marsenic. Selepas menamatkan pengajian peringkat sarjana, dia memutuskan untuk melancong ke China sekali lagi untuk mencari pengalaman tentang kehidupan di negara itu dengan lebih mendalam.

    Selepas tiba di Beijing tahun lepas, Marsenic melawat monumen kebudayaan seperti Dataran Tian'anmen, Kota Larangan, Istana Musim Panas dan Tembok Besar, seperti yang dia impikan. Selain tapak bersejarah, dia juga gemar menyelami budaya tempatan Beijing dan menerokai lorong-lorong sempit di kawasan kediaman tradisional atau turut dikenali hutong di bandar ini.

    "Saya sangat menyukai hutong kerana saya dapat merasai budaya tradisional Cina yang asli, berkomunikasi dengan penduduk tempatan, dan makan makanan tempatan yang lazat," kata Marsenic.

    Kini, lapan bulan selepas dia tinggal di China, Marsenic telah menyaksikan kedinamikan dan tenaga masyarakat China secara dekat. Penguasaan bahasa Mandarin dia juga lebih baik, dengan dibantu oleh pengalaman langsung kehidupan di Beijing.

    "Saya rasa Beijing mempunyai sejarah dan budaya yang kaya. Ia juga sebuah bandar yang sangat bertolak ansur, terbuka kepada semua jenis pandangan dan pendapat. Selain itu, tempo di China juga sangat pantas, dengan budaya dan teknologi yang sentiasa berkembang," kata Marsenik.

    Dia turut berpendapat bahawa sistem pembayaran tanpa tunai di China telah membawa kemudahan besar kepada kehidupannya. Tanpa membawa dompet ketika keluar, dia boleh melakukan perjalanan secara mudah dengan hanya membawa telefon bimbit dan kad bank.

    Marsenic turut berkongsi bahawa pengangkutan kegemarannya ialah kereta bawah tanah.

    "Kereta api bawah tanah China sangat mudah serta pantas, dan saya tidak perlu risau tentang terlambat atau terperangkap dalam lalu lintas," tambah mahasiswi itu.

    Lapan bulan yang lalu telah menguatkan tekad Marsenic untuk tinggal di China. Dia berharap dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional dan menjadi utusan persahabatan antara China dan Serbia.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>