- Lain-lain
China Komited Perkasa Kerjasama dengan Perancis - Presiden Xi
Pada saat berdiri di persimpangan baharu dalam pembangunan manusia dan mengalami perubahan drastik di dunia yang tiada tolok banding pada seabad lalu, China bersedia untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan Perancis dalam segenap aspek, mengembangkan hubungan bilateral ke tahap yang baharu bagi melakar pencapaian yang lebih cemerlang.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika berucap dalam majlis penutupan mesyuarat keenam Majlis Perniagaan China-Perancis di Teater Marigny, Paris malam Isnin waktu tempatan.
Xi berkata, China bersedia bekerjasama dengan Perancis untuk menambah elemen baharu kepada sektor ekonomi dan perdagangan dalam kerangka perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara. China memutuskan untuk melanjutkan penguatkuasaan dasar pengecualian visa yang berjangka pendek untuk warga dari 12 negara termasuk Perancis sehingga akhir 2025.
China komited bekerjasama dengan Perancis untuk memperkasakan kerjasama China-Eropah yang saling menguntungkan, terus meningkatkan tahap keterbukaan dalam sektor perkhidmatan termasuk perkhidmatan telekomunikasi dan perubatan, dan menyediakan lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat dari pelbagai negara termasuk Perancis dan negara Eropah melalui pasaran domestik yang semakin terbuka.
Xi menambah, China bersedia untuk berganding bahu dengan Perancis untuk menangani cabaran global.
Pada masa ini, China sedang berusaha memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan, memacu pembangunan ke arah yang berkualiti tinggi dan menjana kuasa produktif berkualiti baharu melalui peningkatan tahap keterbukaan.
Xi berkata, China mengalu-alukan usahawan Perancis mengambil bahagian dalam proses modenisasi ala China dan berkongsi peluang pembangunan negara ini.
Pada akhirnya, Xi mencadangkan pelbagai pihak berpegang kepada aspirasi asal kedua-dua negara semasa menjalinkan hubungan diplomatik, memperkukuh persahabatan tradisional, dan mempraktikkan moto Olimpik “l(fā)ebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih bersatu”, berganding bahu untuk membuka era baharu kerjasama China-Perancis dan menulis bab baharu dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Turut hadir Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dan seramai kira-kira 200 wakil daripada jabatan kerajaan dan sektor korporat kedua-dua negara.
- Peng Liyuan Melawat Muzium Orsay
- Xi, Macron Bertemu dengan Wartawan
- Xi, Macron Adakan Perbincangan
- Xi Berucap pada Majlis Penutupan Mesyuarat Majlis Perniagaan China-Perancis
- Xi Hadiri Majlis Jamuan Alu-aluan di Paris
- Artikel Xi Disiar di Akhbar Perancis
- Xi Sampai Ucapan Bertulis Sejurus Tiba di Paris
- Presiden Xi Tiba di Paris
- Sorotan Kerjasama China-Perancis
- Helo, Layang-layang!