• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Syarikat China Bina Loji Solar Terapung di Indonesia, Sumbang kepada Pembangunan Hijau Indonesia

    Kira-kira dua jam perjalanan ke tenggara Jakarta, ibu negara Indonesia, terletak sebuah banjaran gunung yang tenang di Jawa Barat. Tatkala menelusuri jalan berliku yang melintasi pergunungan, ia menyajikan pemandangan penuh menakjubkan.

    Jauh dari situ, terletak di antara gunung-ganang dan di bawah langit biru dan awan putih adalah Takungan Cirata. Namun, yang menarik perhatian adalah tata susunan besar-besaran panel fotovolta (PV) yang tersusun rapi yang terapung di permukaan takungan.

    Merentasi khatulistiwa, Indonesia adalah negara kepulauan terbesar di dunia. Ia mempunyai kawasan lautan gergasi dan sumber suria yang kaya. Kerajaan Indonesia telah memutuskan untuk membangunkan penjanaan tenaga solar supaya menjadi tonggak terkuat bagi bekalan tenaga bersihnya menjelang 2060.

    Foto ini menunjukkan loji suria terapung Cirata di Indonesia. (Foto/Zhang Yizhou)

    Foto ini menunjukkan loji suria terapung Cirata di Indonesia. (Foto/Zhang Yizhou)

    Sebagai projek kerjasama antara syarikat elektrik negara Indonesia iaitu PLN dan Masdar (syarikat tenaga Emiriah Arab Bersatu), loji suria terapung Cirata telah dibina oleh PowerChina Huadong Engineering Corporation Limited (HDEC) China. Loji kuasa berkeupayaan puncak 192 megawatt telah disambungkan ke grid kuasa pada November tahun lepas.

    Loji solar terapung Cirata mempunyai 13 tatasusunan PV dengan setiap daripadanya berukuran 430 meter panjang dan 230 meter lebar, termasuk 48 sub-tatasusunan. Secara keseluruhan PV itu terdiri daripada lebih 28,000 panel solar.

    Menurut timbalan ketua jurutera projek itu, Wang Shaofeng, ia merupakan kali pertama HDEC membina ladang solar terapung yang begitu besar dan memberi cabaran sehingga memerlukan syarikat itu perlu mengatasi pelbagai masalah dari fasa mereka bentuk sehingga ke fasa pembinaan.

    Ketika diwawancara eksklusif People's Daily, beliau memberitahu bahawa loji suria terapung Cirata adalah ladang suria terapung pertama di dunia yang terapung di atas takungan dengan kedalaman sehingga 100 meter.

    Berikutan bentuk muka bumi yang kompleks, cerun curam dan enap cemar tebal di bawah air, Wang memberitahu bahawa sukar untuk pihaknya membaiki blok penambat semasa pembinaan.

    Tambahnya, pasukan projek juga secara khusus membangunkan blok penambat dengan kapasiti galas yang lebih tinggi untuk menjadikan sistem penambat stabil.

    "Loji solar terapung Cirata ialah projek PV terapung pertama di Indonesia dan terbesar di Asia Tenggara. Ia merupakan projek strategik utama Indonesia pada peringkat kebangsaan. Kelancaran pelaksanaan dan penyiapan projek itu telah meningkatkan keyakinan negara terhadap peralihan tenaga ," kata Guo Xiaodan, wakil PowerChina di Indonesia.

    Hari ini, loji suria terapung Cirata menyumbang 25 peratus daripada jumlah kapasiti penjanaan tenaga baharu Indonesia. Ia dijangka menjana 300,000 megawatt-jam elektrik setiap tahun, sekali gus menyediakan tenaga bersih kepada kira-kira 50,000 isi rumah Indonesia.

    Mengikut anggaran awal, projek itu akan menjimatkan 117,000 tan arang batu standard untuk Indonesia setiap tahun, dan mengurangkan pelepasan tahunan karbon dioksida, habuk arang batu, sulfur dioksida dan nitrogen oksida masing-masing sebanyak 214,000 tan; 82,000 tan; 9,000 tan; dan 4,500 tan.

    Tang Lijun, pengurus projek di tapak memberitahu bahawa kebanyakan pekerja projek itu dahulunya adalah petani dan nelayan, yang pendapatannya sangat tidak stabil. Justeru, projek itu setakat ini telah membuka lebih 8,000 peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat secara langsung dan tidak langsung.

    Loji suria terapung Cirata merupakan kerjasama praktikal antara China dan Indonesia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara telah mencapai kemajuan yang ketara dalam kerjasama mereka mengenai tenaga boleh diperbaharui seperti kejayaan lencongan sungai PowerChina di Stesen Tenaga Hidro Batang Toru yang telah meletakkan asas penting untuk kerja masa depan.

    Selain itu, Trina Solar, sebuah syarikat PV China, telah menandatangani perjanjian dengan rakan kongsi Indonesia untuk menubuhkan pangkalan pengeluaran sulung Indonesia untuk sel dan modul PV.

    "China memiliki kepakaran teknologi termaju dalam tenaga boleh diperbaharui. Memperkukuh kerjasama dengan China akan membantu Indonesia mencapai matlamat peralihan tenaganya," kata Agung Pribadi, pengarah Pusat Sumber Mineral, Arang Batu dan Geoterma di Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia.

    Beliau menekankan bahawa China akan memainkan peranan penting dalam membantu Indonesia dalam mencapai objektif karbon neutralnya.

    "Loji solar terapung Cirata telah menjadi satu lagi projek ikonik kerjasama Jalur dan Laluan antara Indonesia dan China selepas Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung," kata Veronika S. Saraswati, Pengasas Unit Penyelidikan Kajian China di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia iaitu badan pemikir terkemuka Indonesia.

    Beliau berkata, kejayaan operasi loji solar terapung Cirata sekali lagi mencerminkan pencapaian dan potensi kerjasama antara Indonesia dan China dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.

    Saraswati turut percaya bahawa kedua-dua negara akan terus memperdalam perkongsian strategik komprehensif mereka untuk lebih manfaat bersama dan kerjasama menang-menang.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>