- Lain-lain
Xi Beri Kata Semangat kepada Warga Polis
(CRI)Khamis 30 Mei 2024
Warga polis dikehendaki berusaha gigih memperjuangkan matlamat pemodenan dalam sektor keselamatan awam, serta menyumbang kepada pemerkasaan negara dan kebangkitan nusa dan bangsa.
Arahan ini dibuat Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan perwakilan anggota polis yang menghadiri satu persidangan kebangsaan mengenai kerja keselamatan awam di Beijing pada Selasa.
Xi juga memberi kata semangat kepada mereka ketika mengikuti sesi beramah mesra dan bergambar ramai-ramai.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang