- Lain-lain
Pertemuan Wang Yi dengan Para Hadirin Mesyuarat Menteri Ke-10 Forum Kerjasama China-Arab
Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan secara berasingan dengan tetamu asing yang menghadiri Mesyuarat Menteri Ke-10 Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab di Beijing pada Rabu.
Ketika bertemu dengan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Iraq, Fouad Hussein, Wang Yi berkata, China menyokong teguh Iraq membela kedaulatan, keamanan, kesatuan dan keutuhan wilayah, membangunkan ekonomi, menambah baik hidup rakyat, membanteras keganasan, dan menentang kuasa luaran mencampur tangan dalam hal ehwal dalam negerinya. Kedua-dua negara diharap meningkatkan penyelarasan antara pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelaksanaan rancangan "Jalan Pembangunan" Iraq, menggalakkan kerjasama substantif dalam ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga dan pengangkutan.
Fouad Hussein berkata, memperkembang hubungan dengan China merupakan satu keutamaan dalam diplomasi Iraq. Pihaknya menyokong usaha China memelihara kepentingan teras milik negaranya, sejak sekian lama bertindak pantas melibatkan diri dalam pembangunan Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab, dan bersedia memperluas kerjasama kolektif antara satu sama lain.
Ketika bertemu dengan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit, Wang Yi berkata, China bersedia bersama dengan negara-negara Arab memperhebat penyelarasan strategik dalam pelaksanaan BRI dan "Gagasan 2045 Arab", memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, agar memainkan peranan konstruktif dalam usaha melindungi kedamaian dan kestabilan dunia serta penyelesaian isu hangat serantau, sekaligus mendorong isu Palestin diselesaikan seawal mungkin secara seluruh, adil dan lestari.
Ahmed Aboul Gheit menyatakan, pihaknya bersedia bersama dengan China secepat mungkin melaksanakan hasil yang tercapai dalam sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab edisi pertama, menjayakan mesyuarat peringkat menteri yang bakal diadakan dalam kerangka forum itu, dan menambah unsur yang pelbagai dalam prospek perkembangan hubungan Arab-China. Sementara itu, Liga Arab dengan teguh menyokong prinsip "Satu China".
- Xi Bakal Hadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 CASCF
- Xi Balas Surat Pelajar "Projek Seratus Sekolah" di UAE
- Pemimpin Negara Bahrain, Mesir, Tunisia, UAE Akan Lawat China
- Xi Bakal Hadir Perasmian Mesyuarat Menteri ke-10 CASCF
- Bina Komuniti Berkongsi China-Arab Bertaraf Lebih Tinggi, Kata Xi
- China, Arab Saudi Bersedia Eratkan Komunikasi Dorong Pelaksanaan 'Pelan Dua Negara'
- Xi, Saied Saling Ucap Tahniah 60 Tahun Hubungan China-Tunisia
- China Tandatangani Dokumen Kerjasama BRI dengan Semua Negara Arab dan Liga Arab
- China Perkenal Butiran Lawatan Delegasi Menteri Luar Negara Arab-Islam
- China, Arab Saudi Tandatangani Perjanjian Pertukaran Mata Wang Dua Hala