- Lain-lain
Tahu Tak Anda Istilah Ruangan Angkasa Ini?
China telah mencapai perkembangan menakjubkan dalam bidang ruang angkasa mutakhir ini. Tiga angkasawan kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya memasuki stesen angkasa China pada 26 April, dan menjayakan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada 28 Mei.
Walau bagaimanapun, apabila berbicara mengenai ruang angkasa, bolehkan anda bezakan istilah-istilah seperti "penerbangan", "penerbangan angkasa lepas", dan "astronavigasi"?
Ahli sains tersohor China, Qian Xuesen pernah memberi tafsiran kepada tiga istilah tersebut.
Menurut beliau, aktiviti penerbangan di dalam atmosfera Bumi dipanggil "aviation" atau "penerbangan". Aktiviti di luar atmosfera dan di dalam sistem tata suria dipanggil "space flight" atau "penerbangan angkasa lepas". Manakala aktiviti di luar sistem tata suria dipanggil "astronavigation" atau "astronavigasi".
Dalam liputan media, sesetengah negara memanggil orang yang memasuki ruangan angkasa sebagai "astronaut", manakala di China mereka dipanggil "Taikonaut", iaitu yang mengambil sebutan perkataan "tai kong" dalam Mandarin yang membawa erti ruangan angkasa lepas.
- Penternak Biri-biri Orak Langkah ke NPC
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Guru Bersara Tawar Kelas Bahasa Inggeris Percuma
- Saintis China Fu Qiaomei Menang "Anugerah Al Fozan" UNESCO
- Saintis China Dianugerahkan Hadiah Al Fozan
- Teruja Bertugas di Seberang Laut, Tambah Pengalaman Kerjaya
- Luo Xin, Kejar Impian Teroka Angkasa Lepas
- “Ropeway” Diganti dengan Kereta untuk Rentasi Sungai Setelah Pembinaan Jambatan Diselesaikan
- Baktikan Usia Muda di Medan Operasi SAR