- Lain-lain
China Umum Pelan Tambah Baik Sistem Kredit Sosial
Seorang wanita menunjukkan wang kertas dan syiling edisi 2019 siri kelima Renminbi (foto/Xinhua)
Suruhanjaya Reformasi dan Pembangunan Kebangsaan China (NDRC) melancarkan pelan untuk menambah baik sistem kredit sosial negara pada Selasa.
Menurut pelan tersebut, China akan mempercepat proses perundangan yang berkait dengan sistem tersebut sambil menyusun atur prosedur untuk memanfaatkan maklumat kredit.
Difahamkan, satu mekanisme rekod kredit yang andal akan diperkenalkan untuk pendaftaran perniagaan, perkhidmatan undang-undang, percukaian, kastam, kewangan dan hak harta intelek.
Untuk rekod, sistem tersebut juga akan dikembangkan untuk meliputi bidang seperti penjagaan kesihatan, kanak-kanak dan warga emas, pengurusan rumah tangga, pelancongan dan beli-belah.
Pelan itu juga merangkumi langkah bagi memastikan kebolehpercayaan kerajaan dan meningkatkan pengumpulan data kredit untuk penjawat awam, peguam, pembantu rumah dan profesional kewangan.