- Lain-lain
Komuniti Pendidikan China, New Zealand Sasar Kerjasama Lebih Erat
Perdana Menteri China Li Qiang bersama rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon menghadiri majlis penutupan Forum Pembangunan Pendidikan China-New Zealand yang berlangsung di Auckland petang Jumaat.
Li dalam ucapannya berkata institusi pengajian tinggi sentiasa memainkan peranan penting dalam mendorong pertukaran dan kerjasama pendidikan sesama negara.
Komuniti pendidikan dua negara diharap terus memperkasa pembangunan bakat, penyelidikan sains bersama dan pertukaran akademik dengan menumpukan hala tuju revolusi teknologi dan transformasi perindustrian dunia, cabaran dihadapi manusia serta keperluan sebenar rakyat terhadap pendidikan.
Menurut beliau, China akan menawarkan biasiswa kepada 100 guru bahasa Cina antarabangsa di New Zealand dan 1,000 peluang menyertai kem musim panas 'Chinese Bridge' di China, selain menyediakan 5,000 naskah buku bahasa Cina dalam tempoh lima tahun akan datang.
- China, New Zealand Kekal Rakan Kongsi untuk Pembangunan Bersama
- PM Li Mulakan Lawatan Rasmi ke New Zealand
- China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand
- Wang Yi Bertemu TPM New Zealand
- China Mahu Eratkan Kerjasama dengan New Zealand dalam Pelbagai Bidang
- Li Qiang Ucap Tahniah kepada PM Baharu New Zealand
- China, New Zealand Senada Mantapkan Pelaksanaan FTA
- Tahniah Xi, Cindy Kiro Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan China-New Zealand