- Lain-lain
PM Li Bertemu Wakil Komuniti Perniagaan New Zealand
Perdana Menteri China Li Qiang bertemu wakil komuniti industri dan perniagaan New Zealand di Auckland petang Jumaat.
Li berkata China sedang menggerakkan modenisasi ala China menerusi pembangunan berkualiti tinggi. Penaiktarafan struktur ekonominya dari segi perbelanjaan, industri dan perdagangan akan membawa peluang baharu kepada pembangunan dunia.
China komited terus memperluas akses pasaran, menyediakan persekitaran perniagaan terbaik yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa, di samping memberi lebih banyak sokongan dan kemudahan kepada syarikat asing yang datang melabur.
Pertemuan itu dihadiri wakil dari kira-kira 20 dewan perniagaan serta perusahaan New Zealand termasuk Dewan Perniagaan Auckland dan Persatuan Perdagangan China New Zealand (NZCTA).
- China, New Zealand Kekal Rakan Kongsi untuk Pembangunan Bersama
- PM Li Mulakan Lawatan Rasmi ke New Zealand
- China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand
- Wang Yi Bertemu TPM New Zealand
- China Mahu Eratkan Kerjasama dengan New Zealand dalam Pelbagai Bidang
- Li Qiang Ucap Tahniah kepada PM Baharu New Zealand
- China, New Zealand Senada Mantapkan Pelaksanaan FTA
- Tahniah Xi, Cindy Kiro Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan China-New Zealand