• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Kenderaan Elektrik China Suntik Semangat Baharu ke dalam Projek Hijau Pintar di Indonesia

    Hampir pukul 8 pagi, Rudy bercadang untuk memandu Binguo EV miliknya ke tempat kerja. Binguo EV ialah kenderaan elektrik kedua Wuling yang dilancarkan di Indonesia, dan juga kenderaan elektrik Wuling kedua yang dibeli oleh Rudy.

    Katanya kepada pemberita, "Saya sangat menyukai kereta elektrik Wuling, dan saya juga mempunyai Air EV (Kenderaan Elektrik Qingkong). Kereta elektrik Wuling sangat menjimatkan kos, dengan perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh dan penyelenggaraan yang mudah.?? Reka bentuk Binguo EV sangat comel dan bergaya, dan prestasi kereta itu sangat baik, jadi saya tidak dapat menahan diri daripada membeli sebuah lagi.”

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kenderaan elektrik China menonjol di pasaran Indonesia, menjadi peneraju pengangkutan hijau dan penggalak pembangunan hijau di negara itu. Data daripada Persatuan Industri Automobil Indonesia menunjukkan bahawa dalam tempoh enam tahun yang lalu, bilangan jenama kenderaan elektrik China yang memasuki pasaran domestik terus meningkat dan ia telah menjadi semakin popular dalam kalangan pengguna Indonesia. Pada tahun 2023, jumlah jualan kenderaan elektrik di Indonesia mencapai 17,000 unit, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 65.2%. Antaranya, 5,575 unit ialah model Air EV Wuling, iaitu kedua terlaris dalam pasaran kenderaan elektrik Indonesia. Persatuan itu optimistik mengenai pembangunan kenderaan elektrik China. Mereka beranggapan kenderaan elektrik China akan mengembangkan lagi bahagian pasaran Indonesia, memainkan peranan positif dalam menerajui trend baharu pengangkutan hijau di Indonesia, serta mendorong pembangunan hijau yang mampan."

    Wuling merupakan syarikat kereta China pertama yang memasuki pasaran Indonesia dan membina kilang di sana. Ia telah mengeluarkan tiga model elektrik di Indonesia dan prestasi pasarannya sangat mengagumkan. Data terkini menunjukkan bahawa sejumlah 9,147 unit kenderaan elektrik Wuling dijual pada 2023, dengan bahagian pasaran mencecah 50%. Pada Januari hingga April 2024 pula, angka tersebut terus meningkat kepada 52.4%, terdepan dalam subpasaran tenaga baharu Indonesia selama 4 bulan berturut-turut. Dengan prestasi yang stabil dan kualiti yang sangat baik, kenderaan elektrik Wuling turut digemari oleh kerajaan Indonesia. Sebilangan model elektrik keluaran syarikat itu telah menjadi kenderaan rasmi untuk acara antarabangsa utama seperti Sidang Kemuncak G20 Bali 2022, Sidang Kemuncak ASEAN 2023 dan Forum Air Dunia ke-10 2024, menjadi tanda perniagaan yang menyerlah untuk kenderaan tenaga baharu China di Indonesia.

    Rudy memandu Air EV atau Binguo EV untuk pergi bekerja dan bertemu pelanggan setiap hari. "Penggunaan harian kedua-dua kenderaan ini sangat tinggi. Biasanya, saya memandu kira-kira 70 kilometer setiap hari. Air EV agak kecil dan sesuai untuk memandu di jalan sempit di Jakarta. Jarak pemanduan Binguo EV setiap kali dicas adalah lebih kurang 400 kilometer. Oleh itu, saya menggunakannya apabila saya memandu jarak jauh. Ia sangat mudah dan selamat,” tambah Rudy, Sebenarnya, dia sudah lama ingin membeli kereta elektrik China. Apabila kerajaan mengumumkan subsidi untuk penggunaan kenderaan elektrik, beliau tidak teragak-agak untuk membeli kenderaan elektrik Wuling.

    Berbanding dengan kenderaan bahan api biasa, kenderaan elektrik mempunyai kelebihan dari segi penjimatan tenaga, kurang pencemaran, dan kos penggunaan yang rendah. "Kenderaan elektrik Wuling telah banyak menjimatkan kos pengangkutan saya. Sebelum ini, saya berbelanja 3 juta hingga 4 juta rupiah (kira-kira RMB 1,500-2,000 yuan) sebulan untuk kos penyelenggaraan kenderaan petrol. Kini saya hanya perlu berbelanja kira-kira 200,000 hingga 400,000 rupiah Indonesia (kira-kira RMB 100-200 yuan) setiap bulan. Kosnya adalah satu persepuluh kos kenderaan petrol. Saya sangat terkejut."

    Selain Wuling, syarikat kereta China seperti Chery, Nezha, BYD dan BAIC semuanya telah memasuki pasaran Indonesia, meluaskan lagi ruang dan potensi pasaran negara serta membawa lebih banyak peluang kepada pembangunan kenderaan elektrik dan rantaian industri berkaitan di Indonesia. Pada Januari tahun ini, BYD mengeluarkan tiga model elektrik di Indonesia, secara rasmi memasuki pasaran kenderaan penumpang tenaga baharu Indonesia. Pada April tahun ini, kilang pintar ekologi pertama Nezha Automobile di Indonesia memulakan pengeluaran kereta baharu secara rasmi. Ini merupakan kilang pintar kedua di luar negara selepas kilang pertamanya di Thailand. Kapasiti pengeluaran tahunan dijangka mencecah 30,000. The Jakarta Post melaporkan bahawa syarikat kereta elektrik China akan menyuntik tenaga baharu ke dalam pengangkutan pintar dan hijau tempatan di Indonesia.

    Kenderaan elektrik China juga telah memberikan sumbangan penting kepada pembangunan hijau sektor pengangkutan awam Indonesia. Di Pameran Kenderaan Elektrik Jakarta yang baru sahaja berakhir pada awal Mei tahun ini, Blue Bird, sebuah syarikat teksi terbesar di Indonesia, memperkenalkan teksi elektrik BYD yang akan digunakan. Model ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa 1.5 jam, dan mempunyai jarak sehingga 522 kilometer selepas dicas penuh. Andrew, ketua pegawai lestari Blue Bird mengumumkan bahawa syarikat itu telah bekerjasama dengan BYD untuk melancarkan teksi elektrik terkini dan merancang untuk meningkatkan secara beransur-ansur bilangan teksi elektrik di jalan raya bagi memenuhi komitmennya untuk mengurangkan jejak karbon dan secara aktif menggalakkan pembangunan mampan.

    Selain itu, seawal Oktober 2018, BYD telah menghantar bas elektrik BYD yang pertama ke Indonesia. Ini diikuti kumpulan kedua tempahan bas elektrik BYD yang dihantar pada Mac 2023. Pada masa ini, banyak bas elektrik BYD dipandu di jalan-jalan dan lorong-lorong Jakarta, terus-menerus menyumbang kepada pembangunan pengangkutan awam tempatan yang hijau dan rendah karbon.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>