- Lain-lain
Forum Pelaburan dan Pembinaan Infrastruktur Antarabangsa ke-15 Tutup di Macao
Forum Pelaburan dan Pembinaan Infrastruktur Antarabangsa (IIICF) ke-15 yang melabuh tirainya di Macao pada Jumaat, telah membuahkan hasil yang melimpah, terbukti dengan termeterainya sebanyak 38 buah perjanjian kerjasama yang kesemuanya bernilai USD13 bilion (RM61.3 bilion), iaitu bertambah hampir sekali ganda berbanding edisi lalu, dengan merangkumi projek bekalan elektrik, pengairan dan pengangkutan di 22 buah negara dan kawasan di Asia, Afrika, Amerka Latin dan Eropah.
Pencapaian industri infrastruktur dalam bidang inovasi hijau dan kesalinghubungan digital dan pintar dalam senario global, beserta pakej penyelesaian China bagi kerjasama infrastruktur antarabangsa dapat ditonjolkan semasa berlangsungnya forum itu, melalui pelbagai aktiviti termasuk ucaptama, seminar bertema, rundingan perniagaan, dan pameran profesional.
Forum selama tiga hari yang bertemakan "inovasi hijau dan kesalinghubungan digital dan pintar" itu diserikan dengan kehadiran lebih 3,500 orang tetamu dari lebih 70 buah negara dan kawasan.