• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    MWC Shanghai 2024: Syarikat Teknologi China Menyerlah, Pamer Aplikasi AI

    Seorang pengunjung melihat avatar digital AI miliknya di MWC Shanghai pada 26 Jun 2024. (Foto Qu Xijia/Global Times)

    Seorang pengunjung melihat avatar digital AI miliknya di MWC Shanghai pada 26 Jun 2024. (Foto Qu Xijia/Global Times)

    Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2024 membuka tirainya pada Rabu di Pusat Ekspo Antarabangsa Baru Shanghai.

    Antara yang menjadi tumpuan pada kongres edisi kali ini adalah pameran aplikasi canggih AI oleh syarikat China, yang menarik sejumlah besar pelawat yang teruja untuk mengalami teknologi masa depan.

    Misalnya, China Unicom pada kali ini mempamerkan penggunaan Model Besar Yuanjing dalam reka bentuk watak permainan dan pakaian. Aplikasi ini membolehkan pengguna memilih jenis, gaya, warna dan pilihan lain untuk pakaian yang mereka ingin hasilkan, sekali gus memberi inspirasi baharu kepada pereka pakaian.

    Di pavilion Huawei pula terdapat aplikasi AI pada telefon bimbit yang menjadikan panggilan telefon lebih menarik dan mudah. Di situ, para pengunjung diberi peluang untuk mencipta avatar digital AI mereka sendiri yang akan muncul pada skrin semasa panggilan, meniru mimik muka mereka dan juga menterjemah ucapan pelbagai bahasa dalam masa nyata.

    Sementara itu, Lenovo di pavilionnya pula mempamerkan komputer peribadi berkuasa AI, yang mampu mencipta persembahan dan imej yang dijana melalui model besar terbina dalam.

    Tarikan lain pada acara itu termasuk cermin mata AR XREAL, yang kelihatan hampir tidak dapat dibezakan daripada cermin mata biasa. Namun, sebaik sahaja memasuki dalam ruang AR, pengguna disambut dengan skrin sekeliling yang besar, membolehkan mereka menikmati pengalaman mengasyikkan seperti menonton filem dan bermain permainan.

    Demonstrasi AI secara tidak langsung mencerminkan usaha syarikat China terhadap tenaga produktif berkualiti baharu dan usaha untuk membuat penemuan baharu tatkala menghadapi sekatan Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan teknologi China.

    “Berbanding AS yang lebih menumpukan pada model besar umum, menggunakan teks untuk menjana imej dan video, China sebaliknya menumpukan pada penyepaduan AI ke dalam pelbagai industri.

    “Saya sangat optimistik untuk China di kawasan ini,” kata Xiang Ligang, pakar telekomunikasi veteran, kepada Global Times pada Rabu.

    Untuk rekod, MWC Shanghai merupakan perhimpunan terbesar dan paling berpengaruh bagi ekosistem ketersambungan di Asia. Acara itu juga telah menarik peserta pameran dari Jerman, India, Singapura, Sepanyol, Switzerland, United Kingdom dan AS.

    “Kehadiran pelbagai syarikat asing dalam jumlah yang besar turut menyerlahkan keterbukaan China terhadap kerjasama dan pembangunan antarabangsa.

    “Pertukaran idea dan kerjasama antara syarikat domestik dan asing pada MWC Shanghai akan menemui lebih banyak peluang untuk pertumbuhan bersama,” kata Xiang.

    Difahamkan, MWC Shanghai tahun ini turut memfokuskan pada tema termasuk ‘ekonomi altitud rendah,’ ‘5G-Advanced’ dan ‘pembuatan digital’.

    Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Sistem Global untuk Persatuan Komunikasi Mudah Alih (GSMA), bilangan sambungan 5G di China akan melebihi 1 bilion tahun ini.

    Menjelang akhir tahun 2030, industri komunikasi mudah alih di China dijangka menyumbang lebih AS$1 trilion kepada ekonomi keseluruhan setiap tahun.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>