• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Prospek Cerah Kerjasama Tenaga Hijau China-Asia Tengah

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 Julai 2024

    (foto/Xinhua)

    (foto/Xinhua)

    Kerjasama tenaga hijau antara China dan negara-negara Asia Tengah menjadi lebih erat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan ia dapat dilihat menerusi beberapa projek yang telah siap dibina.

    Pada Ekspo China-Eurasia kelapan di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, Syarikat Goldwind Sci & Tech telah mempamerkan produk kuasa angin terbarunya, yang sesuai untuk persekitaran geografi Asia Tengah.

    "Xinjiang dan Asia Tengah dihubungkan oleh gunung dan sungai, dan Asia Tengah telah menjadi salah satu pasaran teras Goldwind," kata Gao Jinshan, naib presiden Goldwind.

    Menurut beliau, menjelang akhir suku pertama 2024, Goldwind telah mengumpul lebih 319,000 kilowatt kapasiti terpasang kuasa angin di Kazakhstan, Uzbekistan dan negara Asia Tengah yang lain.

    "Pada masa hadapan, kami merancang untuk melabur dan membina kilang di Kazakhstan dan Uzbekistan bagi mencapai pembuatan turbin angin tempatan," tambah Gao.

    Beberapa tahun mutakhir ini, jumlah perusahaan China yang telah melabur dalam industri tenaga baharu di Asia Tengah juga semakin banyak. Di Kazakhstan, ladang angin, stesen janakuasa hidro dan stesen janakuasa fotovolta yang dibina dengan kerjasama syarikat China telah membantu peralihan kepada pengeluaran karbon rendah secara dengan berkesan.

    Pada ekspo itu, perusahaan China seperti CHN Energy dan Kumpulan China Huadian mempamerkan model penjanaan kuasa dan komponen bateri yang boleh diadaptasi pada bentuk muka bumi yang berbeza. Bagi Syarikat TBEA pula, ia mempertaruhkan peralatan penghantaran UHV yang dibangunkan sendiri, yang dapat merealisasikan transmisi jarak jauh berskala besar dengan kuasa hijau.

    (foto/Xinhua)

    (foto/Xinhua)

    Untuk rekod, China berjaya mendominasi tempat teratas di seluruh dunia selama beberapa tahun dari segi kapasiti terpasang untuk kuasa hidro, kuasa angin, fotovolta dan kuasa nuklear dalam pembinaan.

    Difahamkan, tenaga boleh diperbaharui menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada kapasiti penjanaan terpasang China, dan menjelang akhir tahun ini, kapasiti terkumpul terpasang tenaga baharu di Xinjiang dianggarkan akan melebihi 89 juta kilowatt, sekali gus menjadi sumber kuasa terbesar di Xinjiang.

    Penggiat industri turut percaya bahawa perkadaran tinggi tenaga baharu yang disambungkan ke grid kuasa Xinjiang boleh memberikan panduan kepada pembangunan tenaga hijau di Asia Tengah berikutan faktor keadaan geografi dan iklim yang serupa dengan Xinjiang.

    Penyelidik Institut Kajian Rusia, Eropah Timur dan Asia Tengah di Akademi Sains Sosial China, Su Chang berkata, negara-negara Asia Tengah bukan sahaja kaya dengan rizab tenaga tradisional, tetapi juga kaya dengan sumber tenaga boleh diperbaharui, serta mempunyai potensi besar untuk pembangunan.

    Pengerusi Persatuan Loji Tenaga Angin dan Suria Kyrgyzstan, Kundus Kyrbasheva pula berkata bahawa Kyrgyzstan turut mempromosikan peralihan tenaga hijau dan rendah karbon, serta turut menyifatkan China sebagai salah satu rakan kongsi utama Kyrgyzstan dalam memodenkan infrastruktur tenaganya.

    Pada Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang diadakan pada Mei 2023, China mencapai beberapa siri perjanjian kerjasama dengan lima negara Asia Tengah, termasuk kerjasama pembangunan hijau dan perubahan iklim.

    Su berkata, China mempunyai kelebihan dalam teknologi, pengurusan dan pengeluaran dalam tenaga solar, tenaga angin dan kuasa hidro, serta mampu membantu negara Asia Tengah dalam usaha transformasi hijau.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>