• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Pusat Perubatan Tradisional China-Kazakhstan Dekatkan Hati Rakyat

    Sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu Pusat Perubatan Tradisional China-Kazakhstan, rongga hidung seseorang pastinya akan tertusuk dek aroma moxa yang samar.

    Sejurus klinik dibuka, seorang pesakit warga tempatan berjalan masuk dengan dipimpin oleh anggota keluarganya. Menemui tempat itu yang disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh pesakit lain, Gulzhina pergi ke situ bagi mendapatkan rawatan pemulihan pasca infarksi serebrum.

    "Apakah rancangan pembangunan seterusnya untuk pusat itu? Adakah terdapat kaedah perubatan tradisional Cina lain yang akan diperkenalkan? Adakah terdapat rancangan untuk dibuka bandar lain di Kazakhstan?” demikian soalan-soalan yang bertali arus diajukan Gulzhina di hadapan pintu klinik ketika tempoh menunggu meskipun dalam waktu yang singkat.

    Sambil melemparkan senyuman ikhlas, Pengarah pusat perubatan Cina itu, Li Honggang dengan tenang menjawab semua persoalan tersebut.

    Doktor yang melakukan terapi urut pada Gulzhina ialah Ismail Daurov, seorang pelajar Kazakhstan yang membuatkan ramai orang China tersentuh dengan ayat yang sering diungkapnya iaitu, "saya orang asing, tetapi bukan orang luar."

    Ismail Daurov, pelajar perubatan tradisional Cina (TCM) di Universiti TCM Shaanxi selama 8 tahun, kini telah menjadi doktor TCM di Pusat Perubatan Tradisional China-Kazakhstan.

    "Tuina (urutan tradisional Cina) boleh melancarkan meridian; moxa boleh menambah ‘tenaga yang’ dan menghilangkan selsema; bekam boleh menghilangkan kelembapan dan melancarkan peredaran darah,” demikian penjelasan oleh Ismail Daurov secara penuh sabar mengenai memperjelas kesan TCM sambil melakukan rawatan.

    "Lapan tahun belajar perubatan Cina di China, adalah masa paling gembira dalam hidup saya. Saya membawa perubatan Cina ke Kazakhstan, dengan harapan agar ianya menjadi jambatan komunikasi antara China dan Kazakhstan," ujarnya lagi.

    Di dinding bilik rawatan lain yang bertanda "Bilik Rawatan TCM (Kanak-kanak)", kelihatan tertampal peta titik meridian dan akupunktur standard kanak-kanak.

    Jia Zhonglin, salah seorang daripada kumpulan pertama pakar perubatan dari Pusat Perubatan Tradisional China-Kazakhstan, sedang mengurut Magzhan, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dengan palsi serebrum.

    Menggunakan isyarat tangan, Magzhan mengucapkan selamat pagi dengan perlahan dalam bahasa China. Apabila ditanya bagaimana hasil rawatan doktor China, nenek di sebelahnya menunjukkan ibu jari dan berkata, "Sangat bagus!"

    Meskipun tidak menetap di Astana, namun Magzhan dan keluarganya telah ke tempat itu lebih daripada dua belas kali semata-mata untuk menerima rawatan. Menurut neneknya, pertuturan Ma telah pulih jauh lebih baik daripada ketika awal rawatan dahulu, dan kelenturan anggota badannya juga telah meningkat.

    Walaupun kanak-kanak itu bertutur dengan perlahan, tetapi ia pintar dan kelihatan ceria, selain turut disayangi para doktor di pusat itu.

    Sejak pembukaan rasminya pada Mei 2023, Pusat Perubatan Tradisional China-Kazakhstan telah merawat hampir 8,000 pesakit dan menjalankan lebih 200 perundingan jarak jauh antarabangsa. Pada masa ini, terdapat lebih daripada sepuluh TCM dari China dan Kazakhstan melawat klinik pesakit luar, dan mereka merawat kira-kira 60 pesakit setiap hari.

    Mengamalkan perubatan di negara asing, Jia Zhonglin merasakan bahawa pulangan terbesar buatnya adalah mendapat kepercayaan dan penerimaan penduduk tempatan terhadap TCM.

    "Konsep TCM adalah berorientasikan manusia. Ia bukan sahaja menyembuhkan 'penyakit', malah menyembuhkan 'orang yang sakit.' Dengan menyatukan hati orang ramai di negara yang berbeza, ini merupakan manfaat terbesar perubatan Cina yang telah menjangkau global," kata Jia.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>