- Lain-lain
Jualan Pecah Panggung China 2024 Cecah Angka RMB5 Bilion
Kutipan pecah panggung musim panas yang direkodkan di tanah besar China berjaya melepasi angka RMB5 bilion (sekitar AS$701 juta) pada Khamis, disuntik oleh trajektori pertumbuhan pesat didorong oleh tajuk-tajuk filem seperti komedi hit "Successor".
Memetik data platform jualan tiket Maoyan, kutipan pecah panggung musim panas kumulatif mencapai angka RMB5.01 bilion pada Khamis, tepat pukul 8 malam.
Mendahului carta adalah filem misteri jenayah "A Place Called Silence", yang membuat penampilan sulung pada 3 Julai dan telah mengutip hampir RMB1 bilion (termasuk pra-jualan), iaitu meliputi 19.8 peratus daripada pecah panggung bermusim.
Filem sensasi komedi, "Successor" pula mengikut rapat di tangga kedua yang menampilkan duo komedi terkemuka iaitu Shen Teng and Ma Li. Ditayangkan secara rasmi sejak 16 Julai, ia telah mengumpul hasil jualan tiket lebih daripada RMB928 juta, iaitu 18.5 peratus daripada kutipan keseluruhan pecah panggung musim panas.
Lebih menarik, tayangan pratonton filem "Successor" pada 13 dan 14 Julai melonjakkan pendapatan pecah panggung harian di tanah besar China iaitu melebihi RMB300 juta, iaitu pecah panggung pertama sejak 3 Mei lalu.
Melihat kepada kejayaan itu, Maoyan dan satu lagi platform data filem iaitu Beacon telah membuat ramalan semula jumlah keseluruhan pecah panggung terhadap filem "Successor" kepada RMB3.7 bilion.
Drama "Moments We Shared" yang dikeluarkan pada 22 Jun pula menduduki tangga ketiga dengan kutipan pecah panggung berjumlah RMB500 juta.
Tempoh tayangan filem musim panas, bermula dari 1 Jun hingga 31 Ogos, merupakan musim tayangan tunggal terpanjang di tanah besar China. Pada 2023, kutipan pecah panggung musim panas direkodkan sebanyak RMB20.6 bilion, sekali gus memperlihatkan peranan pentingnya dalam kalendar filem tahunan.
Pada tahun lalu juga, filem seram jenayah mendahului carta pecah panggjng musim panas, dengan karya "No More Bets" dan "Lost in the Stars" masing-masing mencatatkan kutipan lebih RMB3.5 bilion dalam tempoh tersebut.
- Kutipan Tiket Filem Cecah RMB100 Juta Sempena Cuti Pesta Perahu Naga
- Kutipan Tiket Filem Semasa Cuti Hari Qingming Baharui Rekod
- Pesatnya Kembang Industri Penstriman China
- TBC: Kutipan Tiket Filem Cipta Rekod Baharu
- Jualan Tiket Filem Catat Kutipan Memberangsangkan
- Kutipan Jualan Tiket Filem Semasa Tahun Baharu Catat 1.53 B
- iQIYI Jalin Kerjasama dengan GSC Movies, Tayang Lebih Banyak Filem China di Malaysia
- 'Minggu Emas': Filem Tempatan Dapat Sambutan Baik
- Kutipan Tiket Filem Rekodkan RMB20 B Semasa Musim Panas Ini
- Kutipan Tiket Filem Percutian '1 Mei' Lebihi RMB1.5 Bilion