• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Manfaatkan Ulang Tahun ke-50 Sebagai Peluang Galakkan Dagangan Komoditi China-Malaysia

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 19 Julai 2024

    Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Chan Foong Hin menzahirkan harapan agar ulang tahun ke-50 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggalakkan lagi perdagangan komoditi secara lebih mendalam.

    Ketika diwawancara secara eksklusif oleh People’s Daily Online, Chan turut mengimbas kembali bahawa Malaysia merupakan ialah negara ASEAN pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China selepas tertubuhnya blok ekonomi tersebut.

    “Dalam tempoh 50 tahun lalu, pertukaran antara kedua-dua negara ini bertambah dalam dan luas, dan China mengekalkan statusnya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut,” ujar beliau.

    Susulan lawatan Perdana Menteri Li Qiang ke Malaysia yang menyaksikan termeterainya 14 dokumen kerjasama termasuk kelulusan pengeksportan durian segar Malaysia ke China, Pentadbiran Am Kastam China pada 24 Jun membuat pengumuman yang membenarkan pengimportan durian segar dari Malaysia mengikut syarat-syarat tertentu.

    Mengulas lanjut, Chan berkata bahawa pembekal durian di Malaysia sedang menggiatkan usaha perniagaan masing-masing ketika ini.

    “Pelanggan di China dijangka dapat membeli durian segar dari Malaysia di pasaran tempatan pada suku ketiga dan keempat tahun ini.

    “Sejak kali pertama isi durian dieksport ke China, sehingga pengeksportan keseluruhan buah durian yang disejuk beku dengan nitrogen pada 2019, dan kini dieksport pula buah durian segar, saya lihat aktiviti pengeksportan durian Malaysia ke China telah maju dengan ketara,” tambah beliau.

    Dalam rangka lawatan Chan ke China baru-baru ini, Chan turut menghadiri Dialog Meja Bulat Perkongsian Rantai Nilai Hijau China-Malaysia di Beijing pada 12 Julai. Pada pertemuan itu, beliau meletakkan perdagangan minyak sawit sebagai salah satu bidang penting dalam kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

    Menurut Chan, Malaysia merupakan salah satu daripada negara pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia, manakala China pula merupakan pasaran penting bagi minyak sawit Malaysia.

    Justeru, beliau berpendapat bahawa kerjasama perdagangan membabitkan komoditi tersebut bukan sahaja mendorong perkembangan ekonomi dua hala, tetapi juga memberikan sumbangan positif kepada kestabilan dan pembangunan rantaian bekalan global.

    “Nilai eksport tahunan minyak sawit Malaysia ke China serta produk-produk lain yang berkaitan mencecah RM10 bilion. Bagi Malaysia, pasaran China dianggap sebagai sangat penting,” kata Chan.

    Sebelum ini, perdagangan komoditi lebih memfokuskan bahan mentah. Oleh itu, Timbalan Menteri itu mahu memanfaatkan ulang tahun ke-50 ini sebagai satu titik permulaan baharu, iaitu sejajar dengan hala tuju ekonomi China yang menyasarkan pembangunan berkualiti tinggi.

    “Tumpuan akan diletakkan pada nilai tambah komoditi serta penggalakan perdagangan komoditi antara kedua-dua belah.

    “Saya berhasrat untuk melihat dua-dua negara meneroka lagi kerjasama melibatkan pemprosesan dalam minyak sawit, yang bukan sekadar tertumpu pada aplikasi makanan tradisional, tetapi diperluas cakupannya supaya meliputi industri kesihatan serta bahan api mampan seperti biodiesel,” ujar Chan.

    Sebagai pengeluar minyak sawit utama, Malaysia telah memperkenalkan standard pensijilan sendiri iaitu Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) pada tahun 2015. Syarikat China, iaitu Yuanda Oil (Dongguan), merupakan syarikat asing pertama yang mendapat perakuan MSPO, sekali gus menjadi tanda manifestasi kerjasama muhibah antara dua negara.

    Melihat kepada sudut itu, Chan berkata bahawa Malaysia mahu bekerjasama dengan negara-negara sahabat termasuk China, untuk bersama-sama menggerakkan perbincangan berkaitan pensijilan minyak sawit mampan.

    Beliau yang juga anggota Parlimen Malaysia dari Sabah itu turut mempelawa agar lebih banyak syarikat dari China terutamanya yang berkait dengan industri pemprosesan dalam minyak sawit untuk datang, melabur, dan membina kilang di negeri di pulau Borneo itu.

    Kata Chan, Sabah merupakan pengeluar utama minyak sawit di Malaysia dan memiliki kelebihan dari segi geografi dalam pengangkutan barangan ke China.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>