- Lain-lain
Syarikat Multinasional Nampak Potensi, Peluang Dalam Pasaran China
Foto peserta semasa upacara perasmian Sidang Kemuncak Syarikat Multinasional Qingdao kelima di Pusat Persidangan Antarabangsa Qingdao di Provinsi Shangdong, timur China pada 28 Ogos 2024. (Xinhua/Li Ziheng)
Sidang Kemuncak Syarikat Multinasional Qingdao kelima membuka tirainya pada Rabu di Qingdao, Provinsi Shandong, di timur China, dengan menarik 500 peserta daripada lebih 450 syarikat multinasional untuk saling bertukar-tukar pendapat dalam pengalaman dan strategi masing-masing dalam pasaran China, lapor agensi berita Xinhua.
Naib presiden eksekutif antarabangsa AstraZeneca, Leon Wang berpandangan bahawa tenaga produktif berkualiti baharu China semakin meningkat, dan pihaknya mahu syarikat multinasional untuk terlibat secara aktif serta memberi sumbangan bagi mendapat manfaat sebenar.
“Kami komited untuk menambah baik penyelidikan dan pembangunan bebas kami, dan memupuk kerjasama lebih mendalam bagi membawa inovasi China ke pentas antarabangsa,” ujarnya.
Difahamkan, AstraZeneca telah mengumumkan pelaburan tambahannya di Qingdao dengan jumlah keseluruhan sebanyak AS$750 juta (sekitar RM3.3 bilion) disamping pelaburan sebanyak AS$1.2 bilion di China dalam tempoh dua tahun yang lalu.
Pada masa sama, ramai usahawan turut menzahirkan keazaman untuk terus meluaskan perniagaan dalam pasaran China pada acara tersebut, sekali gus menunjukkan keinginan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi China bagi merealisasikan masa depan yang lebih cerah dan kongsi bersama.
Penasihat khas Sumitomo Corporation, Kuniharu Nakamura berkata bahawa ketidakstabilan global yang semakin bertambah dan ketidaktentuan ekonomi telah menggariskan peri penting untuk meluaskan dialog dan menggalakkan persefahaman bersama, yang seiring dengan matlamat sidang kemuncak itu.
Naib presiden eksekutif Aramco Saudi, Yasser M. Mufti pula berpendapat bahawa pencapaian cemerlang China dan transformasi ekonominya telah memberi pengaruh kepada dunia.
Jelasnya, potensi pertumbuhan jangka panjang China merupakan faktor pertambahan pelaburan pihaknya di negara Tembok Besar.
Menurut laporan yang dikeluarkan semasa sidang kemuncak itu oleh Akademi Perdagangan Antarabangsa dan Kerjasama Ekonomi China di bawah Kementerian Perdagangan menunjukkan bahawa syarikat multinasional adalah peserta aktif dalam pembangunan China, dan pendukung penting terhadap pembangunan berkualiti tinggi China, serta penyatu utama dalam penyepaduan mendalamnya ke dalam rantaian perindustrian dan bekalan global.
Tambah laporan itu lagi, syarikat multinasional juga telah mendapat manfaat daripada peningkatan margin keuntungan, struktur kos yang lebih baik dan peruntukan sumber yang dioptimumkan melalui operasi mereka di China.
Memetik data Kementerian Perdagangan, sebanyak 53,766 perusahaan pelaburan asing telah ditubuhkan di China pada 2023, meningkat 39.7 peratus tahun ke tahun. Manakala, untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini pula, sebanyak 31,654 lagi telah ditubuhkan, menyaksikan peningkatan 11.4 peratus dari tahun ke tahun.
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Barangan Pengguna 200 Juta Jenis Lebih di China
- Pembeli Asing Diharap Perincikan Pelaksanaan Projek dalam Pasaran China: PM LI
- Institusi Kewangan Antarabangsa Optimistik Terhadap Pasaran China
- Makin Galak Berebut Masuk Pasaran China
- Pembangunan China Tidak Terhalang Akibat Gangguan AS dalam Bidang Teknologi dan Cukai
- Pasaran Penggunaan Rancak di China Semasa Cuti Panjang
- Konglomerat Kopi Indonesia Yakin Potensi Pasaran China
- Pasaran Penggunaan China Melonjak
- China Mahu Manfaatkan Kelebihan Pasaran Besar
- Pasaran Runcit dalam Talian Tumbuh Stabil: MOFCOM