- Lain-lain
Rundingan Gencatan Senjata di Gaza Tak Boleh Terus Ditangguh: Duta China
Rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza tidak boleh terus ditangguhkan, kata Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang.
Beliau berkata China menyelar segala serangan menyasarkan penduduk awam dan menentang tindakan kekerasan yang melanggar undang-undang antarabangsa di Gaza dan Tebing Barat Sungai Jordan dengan bertopengkan rundingan damai.
Geng membuat kenyataan itu semasa mesyuarat sementara Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung situasi kemanusiaan di Gaza pada Khamis.
Menurutnya, konflik yang berlarutan selama lebih 10 bulan di Gaza telah mengakibatkan lebih 40,000 penduduk awam terkorban serta malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Tindakan Israel memperhebat sekatan terhadap agensi kemanusiaan PBB dan menghalang pengangkutan bekalan seperti bahan bakar terus merosakkan sistem bantuan kemanusiaan di Gaza.
Geng turut mengecam keras tindakan Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi UNSC dengan memperluas penempatan Yahudi dan menangkap serta menyerang warga Palestin di Tebing Barat.
Beliau menggesa supaya empat resolusi UNSC berhubung situasi Gaza dilaksanakan secara menyeluruh ke arah mewujudkan gencatan senjata yang berkekalan dan meredakan malapetaka kemanusiaan dengan berkesan.
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- WFP Gantung Aktiviti Kemanusiaan di Gaza
- Rundingan Gencatan Senjata dan Penyelesaian Politik, Jalan Keluar Isu Israel-Palestin
- Segera Wujudkan Gencatan Senjata di Gaza dan Redakan Situasi Serantau - Wakil China
- UNSC Bersidang bagi Bincang Situasi Gaza
- China Kecam Serangan Israel terhadap Sekolah di Gaza
- Lebih 75,000 Warga Palestin Kehilangan Tempat Tinggal di Barat Daya Gaza
- China Ulangi Desakan Gencatan Senjata Serta-merta di Gaza
- China, Mesir Seru Sinergi Elak Situasi di Gaza daripada Meruncing
- Lubnan Tidak Mahu Tindakan Balasnya Cetuskan Perang
- Protes Konflik Gaza di Bangunan Capitol, 200 Ditahan