- Lain-lain
Perkasakan Pembangunan Berkualiti Tinggi dengan Pendidikan Disiplin Parti, Kata Xi
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping baru-baru ini menyatakan, pendidikan dan pembelajaran disiplin Parti telah mencapai hasil yang baik, dan hasil tersebut perlu diperkukuh dan diperkasakan.
Xi yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat mengatakan, hasil pembelajaran dan pendidikan disiplin Parti perlu diintegrasikan dan diterapkan dalam kehidupan dan kerja harian.
Selain itu, hasil tersebut perlu dijadikan sebagai penggerak kuat bagi mendorong pembangunan bermutu tinggi.
Beliau menekankan, usaha harus dipergiat untuk membanteras rasuah hingga ke akar umbinya. Di samping menggalakkan anggota Parti dan pegawai rajin bekerja, berani berinovasi, maju ke hadapan dengan prasyarat patuh akan peraturan dan disiplin Parti.
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah