• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Pemandu Pelancong Tempatan Berbahasa Asing Lonjak Kepopularan ‘China Travel’

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 04 September 2024

    Di China, pemandu pelancong tempatan yang mahir bertutur bahasa asing kini merasai ledakan ‘China Travel’ secara langsung, yang didorong oleh dasar transit bebas visa 144 jam negara itu, bersama-sama dengan pengoptimuman berterusan dasar masuk dan keluar.

    Sejak dimulakan pada Januari 2023, dasar tersebut turut berkembang dari semasa ke semasa, dengan rakyat dari 54 negara dikecualikan daripada visa ketika transit selama 72 atau 144 jam sebelum meneruskan perjalanan ke negara destinasi seterusnya.

    Dalam tempoh itu, mereka dibenarkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti jangka pendek seperti melancong dan lawatan perniagaan, sekali gus membawa kepada kenaikan mendadak dalam kemasukan pelancong asing.

    Bagi seorang pemandu pelancong di Beijing, Zhang Jian berkata dia menyaksikan peningkatan pelawat asing di Kota Larangan pada tahun ini.

    Menurutnya, angka pelancong asing di China yang melonjak naik juga berkebetulan dengan kemuncak musim percutian Eropah, dan dia menerima pertanyaan serta tempahan oleh pelancong asing setiap hari sejak beberapa bulan lalu.

    Zhang Jian (pertama dari kanan) pemandu pelancong dari Beijing bersama-sama pelancong dari Belanda. (epaper.ynet.com/ikhsan dari Zhang Jian)

    Zhang Jian (pertama dari kanan) pemandu pelancong dari Beijing bersama-sama pelancong dari Belanda. (epaper.ynet.com/ikhsan dari Zhang Jian)

    Difahamkan, Zhang menerima pelancong dari pelbagai negara, dengan yang paling banyak datangnya dari Amerika Syarikat dan diikuti oleh United Kingdom. Namun sejak Mei, sejumlah besar pelancongnya adalah dari Belanda.

    Bagi Liu Lichao, pemandu pelancong tempatan di Shanghai, bandar di timur China, dia turut menjadi saksi kepada peningkatan signifikan dalam kehadiran pelancong asing.

    Bekas graduan Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Shanghai yang sudah berpengalaman selama enam tahun sebagai pemandu pelancong berbahasa Inggeris, dia memberitahu bahawa dia menerima tempahan khidmatnya menerusi platform dalam talian.

    Kata Liu, dia kini membawa sehingga tujuh ke lapan kumpulan pelancong asing setiap minggu, dengan sejumlah besar pelanggannya adalah dari Eropah, khususnya dari Belanda dan Jerman.

    Pelancong asing berbasikal di China. (epaper.ynet.com/foto ikhsan Liu Lichao)

    Pelancong asing berbasikal di China. (epaper.ynet.com/foto ikhsan Liu Lichao)

    Berkongsi pengalamannya, Liu berkata bahawa basikal kongsi disetiap pelosok di bandar itu disifatkan sebagai satu kejutan bagi kebanyakan pelancong asing, dan berbasikal terus menjadi salah satu aktiviti penting bagi para pelancong.

    Jelasnya, kemudahan pembayaran secara elektronik di China, serta jaminan keselamatan ketika berada di negara Tembok Besar itu merupakan antara unsur kejutan buat mereka.

    Liu turut berkongsi pengalamannya tentang insiden seorang wanita dari Perancis dari kumpulannya yang tertinggal telefon bimbit di dalam kenderaan e-hailing, namun berjaya mendapatkan semula telefon itu. Ia sekali gus membuatkan wanita itu terkejut, dan wanita itu memberikan RMB100 sebagai hadiah, namun ditolak pemandu itu, dan hanya mengambil RMB30 yang dianggap sebagai kos petrol.

    Pelancong asig mengambil foto berkumpulan ketika melancong di China. (epaper.ynet.com/foto ikhsan orang yang diwawancara)

    Dasar bebas visa turut membolehkan lebih ramai pelancong asing mempunyai pemahaman lebih mendalam tentang sejarah zaman purba China, dan mengalami sendiri kemudahan teknologi moden China, sekali gus menghakis stereotaip orang asing terhadap China.

    Malah, seorang pelancong Belanda pernah memberitahu Zhang bahawa dia terkejut apabila mendapati terdapat kereta api bawah tanah di bandar-bandar China, bandar-bandar dihubungkan dengan kereta api berkelajuan tinggi, dan semua orang mengembara menggunakan pengangkutan moden.

    Seorang pelancong British, Jimmy yang pernah ke China semasa Sukan Olimpik Beijing 2008 memberitahu Zhang bahawa sebelum datang ke China, kebimbangan terbesarnya ialah cara berkomunikasi dengan orang China, berikutan pandangannya terhadap orang China yang takut untuk berinteraksi dengan orang asing.

    Namun, selepas tiba di Beijing, dia segera tersentuh dengan kemesraan orang China, sambil menyatakan bahawa pemandu teksi Beijing akan menceritakan tarikan dan budaya di bandar itu dengan penuh semangat.

    Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China pada 15 Julai mengumumkan bahawa dasar transit bebas visa 144 jam telah diperluaskan kepada tiga lagi pelabuhan masuk, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng di Provinsi Henan tengah China, Lapangan Terbang Antarabangsa Lijiang Sanyi di Provinsi Yunnan, barat daya China, dan Pelabuhan kereta api Mohan di Yunnan.

    Sejak pelaksanaan dasar itu, ramai pelancong asing telah berkongsi pengalaman mereka melancong di China, menjadikan "China Travel" menjadi bualan di platform media sosial luar negara.

    "Ramai blogger pelancongan di negara kita mengatakan bahawa apabila mereka pergi ke China, mereka tidak mahu kembali," kata seorang pelancong India.

    Seorang pelancong Sepanyol berkata, "Ia menyeronokkan dan tidak terlalu mahal. Sebaik sahaja anda pergi ke China, anda tidak mahu tinggalkannya."

    Seorang pelancong Amerika yang melawat Beijing berkata, “144 jam sahaja tidak mencukupi, kerana terdapat terlalu banyak tapak bersejarah dan tarikan budaya di bandar itu, dan ia akan mengambil masa 144 hari untuk menerokai bandar sepenuhnya.”

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>