• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Kerjasama China-Afrika Dorong Afrika Jadi Lebih Hijau

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 04 September 2024

    Foto memaparkan Ladang Angin De Aar yang dibangunkan oleh syarikat China di Afrika Selatan. (Foto/Sheng Bin)

    Foto memaparkan Ladang Angin De Aar yang dibangunkan oleh syarikat China di Afrika Selatan. (Foto/Sheng Bin)

    China aktif memperluaskan usaha untuk berkongsi pengalaman pembangunan hijaunya dengan negara-negara Afrika, dengan memberikan sokongan penting dalam pembinaan teknologi dan kapasiti.

    Sehingga kini, China telah melaksanakan lebih daripada 100 tenaga bersih dan projek pembangunan hijau di bawah rangka kerja Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), sekali gus menyokong negara Afrika dalam pembangunan hijau dan mampan.

    Bagi negara-negara Afrika, kekurangan tenaga adalah salah satu kekangan yang menghalang pembangunan. Menurut data dari Bank Dunia, hanya 46.7 peratus daripada penduduk Afrika Sub-Sahara mempunyai akses kepada elektrik pada 2019.

    Afrika mempunyai potensi besar untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Afrika adalah rumah kepada 60 peratus sumber suria terbaik di dunia, selain mempunyai potensi besar dalam kuasa hidro, angin dan geoterma.

    Sejak China-Afrika memperdalam kerjasama mereka dalam kerjasama tenaga hijau, beberapa loji tenaga suria, ladang angin dan stesen hidroelektrik turut berkembang di seluruh Afrika.

    Sumber-sumber yang banyak disediakan oleh alam semula jadi di benua Afrika dengan pantas berubah menjadi sumber tenaga hijau memacu pembangunan ekonomi dan sosial.

    Foto memaparkan Loji Kuasa Hidro Karuma yang dibina oleh China di Uganda. (Foto/Wang Jian)

    Foto memaparkan Loji Kuasa Hidro Karuma yang dibina oleh China di Uganda. (Foto/Wang Jian)

    Sebagai contoh, Kompleks Solar NOOR yang dibina oleh China di Morocco telah memberikan tenaga bersih kepada lebih satu juta isi rumah di negara itu, secara tidak langsung menghentikan kebergantungan elektrik import sejak sekian lama.

    Di Afrika Selatan, Ladang Angin De Aar yang juga dibangunkan oleh syarikat China telah menyediakan 760 juta kilowat-jam elektrik bersih setiap tahun yang memenuhi keperluan 300,000 isi rumah, selain mengurangkan 619,900 tan pelepasan karbon setiap tahun.

    Sementara di Uganda, Loji Kuasa Hidro Karuma mutakhir ini berjaya menyambungkan unit terakhirnya dengan grid kebangsaan, yang menjadikan ia sebagai stesen kuasa hidro terbesar di negara itu.

    Difahamkan, ia meningkatkan jumlah kapasiti terpasang Uganda sebanyak hampir 50 peratus, yang menjimatkan arang batu mentah sebanyak 1.31 juta tan serta mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 3.48 juta tan setiap tahun, iaitu bersamaan dengan menanam 1.5 juta pokok.

    Bagi banyak negara Afrika, penggurunan telah mengakibatkan kesan yang serius. Pada 2017, Institut Ekologi dan Geografi Xinjiang (XIEG) dan Akademi Sains China telah memeterai memorandum persefahaman bersama-sama dengan Pan-Africa Agensi for the Great Green Wall bagi memperbaik kerjasama dalam pengawalan pasir. Menerusi kolaborasi tersebut, China dan Afrika telah berkongsi pengalaman dan saling membantu dalam mengatasi masalah penggurunan.

    Pakar teknologi Afrika mengikuti lawatan lapangan di sepanjang Lebuh Raya Padang Pasir Tarim di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. (Foto ikhsan Institut Ekologi dan Geografi Xinjiang dan Akademi Sains China)

    Pakar teknologi Afrika mengikuti lawatan lapangan di sepanjang Lebuh Raya Padang Pasir Tarim di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. (Foto ikhsan Institut Ekologi dan Geografi Xinjiang dan Akademi Sains China)

    Pada November 2020, Pusat Kerjasama Alam Sekitar China-Africa secara rasminya telah dilancarkan yang memfokuskan pada pelaksanaan Program Utusan Hijau China-Afrika dan mempromosikan Program Inovasi Hijau China-Afrika.

    Kesemua program tersebut adalah bertujuan untuk mengukuhkan dialog kerjasama alam sekitar China-Afrika dan menggalakkan penyelidikan bersama mengenai isu alam sekitar, sambil memupuk tenaga profesional Afrika dalam bidang seperti pengurusan alam sekitar, kawalan pencemaran dan ekonomi hijau.

    China dan Afrika komited terhadap peralihan tenaga dan pembangunan hijau. Melangkah ke hadapan, China dan negara-negara Afrika akan terus memperdalam kerjasama hijau mereka, menulis lembaran baharu dalam membina komuniti China-Afrika peringkat tinggi dengan masa depan yang dikongsi bersama dalam era baharu dan menyuntik tenaga positif ke dalam pembangunan mampan global.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>