• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Pembuat Piza dari Amerika Gabungkan Unsur Timur dan Barat di Huangshan

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 05 September 2024

    Foto Adrien Brill sedang berucap pada aktiviti promosi Wilayah Besar Huangshan di Beijing. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

    Foto Adrien Brill sedang berucap pada aktiviti promosi pelancongan Gunung Huangshan di Beijing. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

    Adrien Brill, pemilik sebuah restoran piza di Huangshan, provinsi Anhui, telah menetap di China selama 15 tahun dan mempunyai isteri yang berasal dari Huangshan.

    Ketika berkongsikan ceritanya pada aktiviti promosi pelancongan Gunung Huangshan di Beijing baru-baru ini, dia yang telah tinggal di Huangshan selama tujuh tahun itu berkata bahawa dirinya telah mengimpikan untuk ke China sejak kecil.

    Jelas Brill, dia sudah terdedah dengan bahasa Mandarin sejak masih kecil, dan sentiasa berangan-angan untuk pergi ke China.

    Pada 2009, impiannya menjadi realiti apabila dia melanjutkan pelajaran di China, dan selepas menamatkan pelajaran, dia telah bertemu dengan isterinya Qiu Tong buat pertama kali ketika mendaki gunung di Huangshan.

    Adrien Brill dan isterinya, Qiu Tong. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

    Adrien Brill dan isterinya, Qiu Tong. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

    Selain mengoperasikan kedai piza, dia turut menjadi guru bahasa Inggeris di Universiti Huangshan.

    Menurut Brill, kedai piza tersebut merupakan tempat dia melakukan hobinya iaitu membuat piza, burger dan kentang.

    Pada masa lapang, Brill dan isterinya akan menerokai kampung-kampung di pedalaman, dan membuat video mengenai pengalamannya serta makanan tempatan, sekali gus membantu restoran menjadi semakin dikenali.

    Adrien Brill berkongsikan pengalaman di Wilayah Besar Huangshan di Beijing. (People’s Daily Online/Ren Fengtao)

    Adrien Brill berkongsikan pengalaman pada aktiviti promosi pelancongan Gunung Huangshan di Beijing. (People’s Daily Online/Ren Fengtao)

    "Piza yang saya buat sendiri, burger dan taco telah menjadi laris," kata Brill. Sebagai penduduk Huangshan, dia menumpukan pada mempromosikan masakan Anhui yang inovatif dan menghasilkan hidangan baharu menggunakan bahan istimewa Huangshan.

    Hasil ciptaannya termasuk piza yang dihiasi dengan ikan mandarin busuk dan tauhu berbulu, serta piza penuaian musim luruh yang diilhamkan oleh tradisi pengeringan tanaman tempatan.

    Dengan kelebihannya yang fasih berbahasa Mandarin, ia menjadikan Brill lebih mudah berhubung dengan penduduk tempatan. Dia bertukar dengan lancar antara bahasa Cina dan Inggeris apabila bercakap dengan isterinya.

    Adrien Brill mempamerkan piza dengan ikan mandarin berbau busuk, makanan istimewa tempatan di Huangshan, Provinsi Anhui di timur China. (Harian Rakyat Dalam Talian/Zhang Jun)

    Adrien Brill mempamerkan piza dengan ikan mandarin berbau busuk. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

    "Bagi saya, Huangshan bukan sahaja gunung yang terkenal di dunia, namun ia adalah kampung halaman saya," kata Brill. Dia berharap untuk menyebarkan budaya masakan unik Huangshan melalui restorannya.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>