- Lain-lain
China Sasarkan Bawa Balik Sampel Marikh Sekitar 2028
China merancang menjalankan misi pelancaran prob penyelidikan Tianwen-3 sebanyak dua kali sekitar 2028 untuk membawa balik sampel dari Marikh.
Demikian kata ketua pereka bentuk misi Tianwen-3, Liu Jizhong pada Persidangan Penyelidikan Angkasa Lepas Antarabangsa ke-2 di bandar Huangshan provinsi Anhui China pada Khamis.
Pendaratan prob penyelidikan Tianwen-1 yang berjaya di Marikh pada 2021 menjadikan China negara kedua yang berkemampuan mendarat di planet itu.
Hasil penyelidikan saintifik yang dibuahkan secara berturut-turut oleh China telah meningkatkan pemahaman manusia terhadap sejarah evolusi dan kaedah perubahan alam sekitar di Marikh, serta punca terjadinya bentuk muka bumi di permukaan planet itu.
Menurut Liu, matlamat saintifik utama misi Tianwen-3 yang dianggap sebagai misi eksplorasi Marikh China buat kali kedua itu adalah untuk mencari tanda-tanda makhluk hidup di Marikh. Teknologi teras seperti pengumpulan sampel di permukaan Marikh, memulakan penerbangan dari planet itu, pertemuan di orbit yang mengelilingi Marikh, serta perlindungan planet akan digunakan untuk menjayakan misi membawa balik sampel dari Marikh.
Selain itu, kerjasama antarabangsa dalam tiga bidang yang melibatkan membawa muatan, berkongsi sampel dan data Marikh serta perancangan dan penyelidikan bersama program baharu juga akan dijalankan dalam misi Tianwen-3 kali ini.
"Kami akan bekerjasama dengan negara lain atau institusi penyelidikan saintifik berkenaan untuk mendefinisikan visi dan misi, menganalisis permintaan, menjalankan penyelidikan tentang konsep, mereka bentuk rancangan dan mengatasi masalah teknikal utama untuk membina Pusat Penyelidikan di Marikh," kata Liu.
- Kemuncak FOCAC 2024: Apabila Teknologi Bertembung dengan Budaya
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Robot China Sintesis Pemangkin bagi Penghasilan Oksigen di Marikh
- Pangkalan Marikh-1: Latih Hidup di Marikh
- Laut Pernah Wujud di Utara Marikh: Saintis China
- Bangunkan Zhurong, Kenderaan Perayau Marikh China
- China Siar Peta Imej Global Marikh
- Beruang di Marikh?
- Data Dikumpul Zhurong Bantu Saintis Selidik Marikh