- Lain-lain
China, Singapura Komited Perkasakan Kerjasama Segenap Aspek
Menteri Luar China Wang Yi mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan di Beijing pada Isnin.?
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Puast Parti Komunis China berkata, China dan Singapura pada tahun ini masing-masing mempunyai agenda politik domestik yang penting ke arah kewujudan matlamat pembangunan negara.
"China bersedia meningkatkan penyelarasan dengan Singapura dalam pelaksanaan strategi pembangunan berdasarkan 'perkongsian berkualiti tinggi dalam segenap aspek yang berorientasikan masa depan' yang baru ditetapkan pemimpin kedua-dua negara, bagi memberi sumbangan baharu kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.
"Kedua-dua pihak perlu merancakkan landskap Perdagangan Bebas China-ASEAN, selain meningkatkan sinergi dan menyuntik momentum mampan untuk menggalakkan integrasi serantau dan ekonomi globalisasi," kata Wang.
Balakrishnan pula berkata, pihaknya berpegang kepada dasar Satu China dan secara jelas menolak "Kemerdekaan Taiwan."
"Kerajaan Singapura penggal baharu bersedia mengambil peluang daripada ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik Singapura-China pada tahun depan untuk memperhalusi jadual pertukaran peringkat tinggi bagi memperkasakan kerjasama dalam segenap aspek," katanya.
- Menteri Luar Singapura Lawat China Bermula Ahad
- Xi Jinping Ucap Tahniah kepada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam
- Li Qiang Ucapkan Tahniah kepada PM Singapura Lawrence Wong
- Syarikat Singapura Berkembang Maju di Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Suzhou
- Ketua Legislatif China Bakal Lawat Singapura dan Afrika Selatan
- Li Qiang Utus Tahniah kepada PM Baharu Singapura
- China, Singapura Ikrar Perkasa Kerjasama
- Liu Jianchao Melawat Singapura
- Kemudahan Bebas Visa 'Hadiah' TBC Buat Rakyat China, Singapura
- PM China Bertemu Presiden Singapura di Davos