• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Kurasi Pameran Dinosaur Ahli Paleontologi Malaysia Jadi Perhatian di Beijing

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 10 September 2024
    Kurasi Pameran Dinosaur Ahli Paleontologi Malaysia Jadi Perhatian di Beijing
    Paul Rummy, Penyelidik Bersekutu Institut Paleontologi Vertebrat dan Paleoantropologi Akademi Sains China memberikan taklimat kepada pengunjung. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)

    Oleh: Ahmad Syukri Azmi

    BEIJING, 10 Sept. (People’s Daily Online) –Tatkala lebih dua ratus muzium beroperasi di Beijing dengan pelbagai jenis pameran sepanjang tahun, satu pameran mengenai dinosaur yang dikurasi oleh Dr. Paul Rummy, seorang ahli paleontologi Malaysia berjaya mencuri perhatian ribuan pengunjung.

    Setibanya di Meet You Museum yang terletak di 798 Art District di timur laut Beijing, penulis disapa oleh senyuman mesra warga Malaysia berbangsa India yang merupakan Penyelidik Bersekutu Institut Paleontologi Vertebrat dan Paleoantropologi Akademi Sains China.

    Sebaik memasuki muzium, Paul telah meluangkan masa meskipun dalam jadualnya yang padat, untuk memberi pencerahan kepada penulis mengenai pameran bertajuk ‘Dinosaurs Unearthed – 200 Million Years of Earth’s History’ yang memaparkan lebih 500 fosil berharga, serta lebih 300 spesimen unik di dalam bangunan setinggi empat tingkat itu.

    PENUH TELITI

    Menurut Paul, kerja-kerja penyediaan pameran yang membuka tirainya pada 13 Julai lalu itu telah memakan masa sekitar tiga bulan dan kesemua bahan yang terdapat di situ belum pernah dipamerkan lagi sebelum ini.

    Mengulas lanjut tentang konsep pameran tersebut, beliau menyatakan bahawa pihaknya cuba untuk memastikan ia dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira faktor kepuasan hati para pengunjung yang terdiri daripada segenap lapisan umur.

    Justeru, Paul membuat kelainan dalam pameran itu dengan meletakkan beberapa fosil penting seperti tulang dinosaur di ruang pameran yang boleh disentuh, berbanding hanya meletakkan ia di sebalik cermin.

    “Kita mahu menunjukkan beberapa bahan (dalam keadaan tertentu) boleh dipamerkan dan disentuh khususnya untuk mencuri tumpuan kanak-kanak. Bagi golongan tersebut, sentuhan terhadap fosil akan memberi ingatan untuk jangka masa yang lama, dan itu adalah objektif kami.

    “Untuk kali ini, kami juga meletakkan banyak fosil dan bahan pameran pada paras yang mudah dilihat pengunjung cilik,” ujar beliau, sambil turut berkongsikan pengalamannya yang sering membawa fosil sebenar dalam lawatan-lawatannya ke sekolah.

    SAMBUTAN MERIAH

    Di segenap ruang, penulis menyaksikan kelibat ramai pengunjung pada pameran yang menggabungkan unsur sains dan seni tersebut. Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa, kesemuanya dilihat menghayati muzium itu dengan penuh minat.

    Menurut Paul, pameran yang bakal melabuhkan tirainya pada 7 Oktober depan itu berjaya mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan mahupun warga asing.

    “Pada hujung minggu, kami menerima sekitar 10,000 pengunjung sehari, dan ia melangkaui daripada apa yang kami jangkakan,” katanya sambil berkongsi bahawa pameran itu merupakan terbesar yang dikurasi olehnya.

    PUJIAN ATAS SOKONGAN KERAJAAN CHINA

    Ketika diminta mengulas mengenai pencapaian terbaiknya, Paul menyifatkan bahawa penemuan fosil dinosaur buat pertama kalinya di Provinsi Jilin adalah yang paling membanggakannya.

    “Keseluruhan proses termasuk dari penggalian dan penemuan, serta perubahan dalam kalangan komuniti tempatan daripada hasil kerja tersebut merupakan pencapaian peribadi saya.

    “Saya berpandangan bahawa saintis perlu mempopularkan sains, dan penceritaan kepada orang awam tentang penemuan ini adalah cara untuk mempopularkan sains. Bagi saya, sesuatu penemuan itu perlu dipamerkan dan bukan untuk disimpan,” tambah beliau, sambil turut menekankan bahawa fosil adalah milik semua.

    Paul turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan China yang sentiasa menitikberatkan penyelidikan saintifik.

    “Kita boleh saksikan bahawa makmal-makmal dan peralatan yang disediakan semuanya adalah yang terkini. Malah, bantuan unit penyelidikan dan dana penyelidikan turut disediakan kepada saintis warga asing menerusi Dana Sains Kebangsaan China,” ujarnya lagi.

    ‘EKONOMI DINO’

    Paul berkata, China ketika ini merupakan negara dengan fosil dinosaur paling banyak di dunia, dan Provinsi Liaoning telah berjaya merungkai sebahagian besar persoalan saintifik berkait evolusi dinosaur.

    Berkongsi mengenai peranan kerajaan China, beliau berkata bahawa tempat-tempat yang telah dijumpai fosil dinosaur kini telah dihidupkan sebagai zon ekonomi dinosaur.

    “Di Provinsi Jilin misalnya, iaitu tempat penemuan fosil dinosaur, pada asalnya ia merupakan tapak pembinaan perumahan. Namun, setelah fosil dinosaur ditemui, kerja-kerja pembinaan terus dihentikan bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja penggalian.

    “Seterusnya, tempat itu akan diwartakan sebagai tapak warisan, dan akan disusuli dengan pembinaan muzium. Bagi pemaju projek perumahan, kerajaan turut menawarkan mereka pampasan, serta peluang untuk membina projek lain termasuk taman tema di kawasan berdekatan, sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai zon ekonomi dinosaur,” tambah Paul.

    HARAPAN

    Menginjak kembali pada 14 tahun yang lalu, iaitu ketika pertama kali Paul berada di bumi Tembok Besar, beliau berkongsikan bahawa kelebihannya bertutur dalam bahasa Mandarin yang dipelajari ketika bersekolah di Malaysia telah memudahkan proses beliau untuk mengadaptasi keadaan baharu.

    Ujarnya, beliau diberi kepercayaan penuh oleh pihak kerajaan untuk menjalankan kajian dan penggalian secara sendiri. Memegang kepada kepercayaan tersebut, Paul berharap untuk memberi sumbangan lebih besar kelak.

    “Pada masa depan, saya berhasrat untuk dapat bekerjasama dengan golongan kurang upaya penglihatan bagi menjayakan pameran Braille,” katanya.

    Orang ramai mendekati replika dinosaur yang dipamerkan. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)
    Kanak-kanak diberi peluang untuk menjiwai profesion sebagai saintis. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)
    Kanak-kanak diberi peluang untuk menjiwai profesion sebagai saintis. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)
    Ruang interaksi turut disediakan kepada para pengunjung. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)
    Orang ramai berbaris menunggu giliran untuk memasuki muzium. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)
    Antara fosil asli yang boleh didapati di dalam muzium. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)
    Pengunjung berpeluang melihat dan menyentuh fosil tulang kaki dinosaur sebenar. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)
    Paul Rummy, Penyelidik Bersekutu Institut Paleontologi Vertebrat dan Paleoantropologi Akademi Sains China sedang memberikan taklimat. (Foto Meet You Museum kepada People’s Daily Online)

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>