- Lain-lain
PM Anwar: Usahawan Cina Main Peranan Penting Dalam Integrasi Serantau
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa usahawan Cina terus memainkan pernan penting dalam integrasi serantau dengan mempermudahkan ekonomi, kebudayaan dan hubungan mesra antara rakyat, lapor agensi berita Xinhua.
Tambah beliau, usahawan Cina mampu menggalas tanggungjawab yang lebih besar pada peringkat global dalam menjaga kerjasama ekonomi serantau, menjamin keselamatan rataian bekalan yang penting, dan mempromosi agenda pembangunan sosio ekonomi global.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis perasmian Konvensyen Usahawan Cina Dunia ke-17 di Kuala Lumpur, pada Selasa.
Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Bersekutu Malaysia, Low Kian Chuan menyifatkan ketajaman dan kebolehsuaian untuk berinovasi dalam persekitaran yang bergerak pantas dan kompetitif telah membantu usahawan Cina berkembang maju, serta menghadapi cabaran global semasa mahupun masa depan.
Difahamkan, konvensyen selama dua hari yang diasaskan pada 1991 itu menghimpunkan lebih 4,000 pemimpin korporat, pakar dan penyelidik dari seluruh dunia untuk berbincang tentang prospek dan cabaran pembangunan ekonomi global.