- Lain-lain
BRICS Adakan Mesyuarat Hal Ehwal Keselamatan Ke-14
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Yi telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan Kanan BRICS bagi Hal Ehwal Keselamatan Ke-14 yang dirasmikan di St. Petersburg, Rusia semalam.
Para hadirin telah bertukar-tukar pandangan melibatkan ancaman keselamatan global, anti keganasan, keselamatan dalam ruang siber dan tadbir urus global dalam mesyuarat tersebut, yang dianggap sebagai persiapan politik yang mustahak bagi Sidang Kemuncak Pemimpin Negara BRICS 2024 yang bakal diadakan di Kazan, Rusia.
Setelah menyampaikan ucapan aluan kepada anggota baharu BRICS, Wang berkata, hendaklah memainkan peranan "BRICS Raya" dalam bidang politik yang membawa makna strategik, konsisten dalam mengamalkan prinsip berdikari, bekerjasama meningkatkan solidariti dan mendorong pembangunan bersama.
Para peserta dari pelbagai pihak menyanjung tinggi terhadap peranan unik mekanisme kerjasama BRICS dan pencapaian ketara yang dilakar di bawahnya, menekankan peri pentingnya untuk mengamalkan prinsip kesamarataan dan menjaga hak dan kepentingan milik setiap pihak, dan menyatakan akan memperjuangkan matlamat menjadikan BRICS berdiri gah di pentas dunia dengan pengaruhnya semakin meningkat.
Menghadapi cabaran keselamatan yang bermacam-macam dalam senario global, negara BRICS diseru terus mengeratkan kerjasama dengan rakan seperjuangan, menentang amalan unilateralisme, menumpukan kepada pembinaan dunia multipolar, melindungi tata tertib antarabangsa yang berasaskan undang-undang antarabangsa supaya dapat menyumbang kepada perlindungan keadilan, kedamaian dan keamanan.
- Malaysia Sudah Hantar Surat Permohonan Sertai BRICS - Anwar
- Beijing Jadi Tuan Rumah Seminar Puisi Belia Negara BRICS
- BRICS Diharap Berkembang Menjadi Mekanisme Kerjasama Multilateral Jenis Baharu - Menter Luar China
- Wang Yi akan Sertai Mesyuarat Menteri Luar BRICS di Rusia
- Import, Eksport China ke Negara BRICS Saksikan Peningkatan Pesat
- Wang Yi Hadiri Persidangan Wakil Kanan Hal Ehwal Keselamatan BRICS Ke-13
- Transaksi Berkaitan RMB Lebih Mudah di Brazil