- Lain-lain
China Komited Kukuhkan Hubungan Ketenteraan dengan Singapura dan Kemboja
Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Zhang Youxia, menerima kunjungan Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Seiha secara berasingan di Beijing pada Khamis menjelang perasmian Forum Xiangshan Beijing ke-11.
Semasa pertemuan dengan Ng, Zhang menzahirkan harapan agar tentera China dan Singapura mengekalkan interaksi peringkat tinggi dan memperkasa serta meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang bagi mendorong perkembangan hubungan ketenteraan kedua-dua negara.
Ng pula berkata, Singapura berpegang kepada prinsip Satu China dan bersedia memainkan peranan yang membina demi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
Ketika bertemu dengan Seiha, Zhang berkata China bersedia untuk meningkatkan komunikasi strategik dan kerjasama dengan Kemboja untuk melonjakkan hubungan ketenteraan kedua-dua pihak ke tahap yang baharu.
Seiha pula berkata, Kemboja bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak lain untuk menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
- Tentera China, Rusia Jalan Rondaan Strategik Udara Bersama
- Latihan Ketenteraan Bersama Multilateral "Aman Youyi-2023" Bermula
- Forum Xiangshan 2023 Dirasmikan
- Latihan Ketenteraan Bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" Bermula
- Armada Pengiring China Kumpulan ke-43 Bertolak ke Teluk Aden
- China, Rusia Adakan Latihan Ketenteraan “Joint Sea-2022”