- Lain-lain
Tingkatkan Keyakinan Diri Martabatkan Sistem Politik NPC – Xi
Usaha perlu dibuat untuk mengukuhkan keyakinan diri dari segi laluan pembangunan, teori, sistem, dan kebudayaan, memperkasakan pembinaan Demokrasi Rakyat Seluruh Proses, memartabatkan sistem Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang boleh dijadikan jaminan dari segi institusi yang kukuh dalam memperjuangkan matlamat kemaraan Parti Komunis China (PKC) dan rakyat pada era baharu.
Demikian kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC yang juga Presiden China, Xi Jinping dalam satu perhimpunan untuk meraikan ulang tahun ke-70 NPC yang diadakan di Beijing pada Sabtu.
Xi menekankan peri pentingnya NPC memainkan peranan penting dalam melaksanakan perlembagaan dan undang-undang secara menyeluruh dan berkesan serta memastikan peranan utama NPC dalam perundangan terjamin.
“Selain itu, perlu memartabatkan NPC dalam sistem pengawalseliaan PKC dan sistem pemantauan kerajaan serta mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam menjalinkan hubungan rapat dengan rakyat.
"Semua institusi dan penjawat awam mesti menegakkan kesedaran untuk menyediakan perkhidmatan yang berpaksikan rakyat, mengutamakan kepentingan rakyat dan benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat.
"Jawatankuasa PKC pada pelbagai peringkat perlu meningkatkan kepimpinan ke atas kerja-kerja NPC dari segenap aspek dan menyokong NPC dan jawatankuasa tetapnya dalam melakukan operasi di sisi undang-undang,” kata beliau.
- Sesi Kedua NPC ke-14 Labuh Tirai
- Trend Baharu: Pagi Makan Mi Yunnan, Malam Makan Mi Laos
- Presidium Sesi Kedua NPC ke-14 Adakan Sidang kedua
- China Gubal Undang-undang Stabilkan Kewangan dan Galakkan Ekonomi Swasta Tahun Ini
- Sasaran Pengeluaran Bijirin Lebih 1.3 Trilion Jin Ditetapkan
- Perkasa Pembaharuan, Tingkatkan Keupayaan Strategik dalam Sektor Baru Muncul
- Tonjolkan Peranan Perusahaan Baharu yang Berspesifikasi Tinggi dan Khas
- 45.574 Juta Kes Difailkan Mahkamah pada 2023, Meningkat 15.6%
- Xi Hadiri Sesi Pleno Kedua Persidangan Kedua NPC ke-14
- Bangsa China Bertunjangkan Barisan Tukang yang Berkaliber