• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Tinjauan Pendapat Global: Kutuk AS Langgar Peraturan WTO Sewenang-wenangnya

    (CRI)Isnin 16 September 2024

    Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan China mengeluarkan "Laporan Keadaan Amerika Syarikat (AS) dalam Pematuhan Peraturan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)" yang menunjukkan bahawa AS terus meningkatkan sekatan unilateral, kerap melaksanakan langkah diskriminasi dan menambah halangan tarif tanpa mempedulikan harapan anggota WTO pada masa sepanjang tahun yang lalu sehingga menimbulkan cabaran yang kritikal terhadap sistem perdagangan multilateral.

    Menurut satu tinjauan pendapat yang dijalankan CGTN di kalangan pengguna internet seluruh dunia, 90.53% responden mengkritik siri langkah perlindungan perdagangan yang bersifat unilatera yang diambil oleh kerajaan AS, dan menganggap perbuatan seumpama itu sebagai pelanggaran yang biadab terhadap peraturan WTO.

    Di sebalik "fasal 301" dalam langkah tarif AS yang telah diputuskan tidak sejajar dengan peraturan WTO, AS tetap terus meningkatkan tarif terhadap sebahagian produk import setelah menjalankan siasatan terhadap sesetengah negara berhubung industri maritim, logistik dan pembinaan kapal.

    Sementara itu, sebanyak 94.31% responden menempelak amalan hegemoni AS yang tidak menghormati peraturan WTO.

    Setakat bulan Mei 2024, AS telah menolak melancarkan pemilihan ahli rayuan pada mesyuarat tetap Badan Penyelesaian Pertikaian WTO untuk 76 kali berturut-turut, walaupun proses pemilihan itu mendapat sokongan yang jitu dari 130 anggota WTO.

    Menurut tinjauan pendapat anjuran CGTN itu, 94.12% responden berpendapat bahawa perbuatan AS itu boleh diterjemahkan sebagai meletakkan kepentingannya sendiri di atas WTO, mengabaikan bahkan menjejaskan mekanisme penyelesaian pertikaian WTO dan mengganggu pengoperasian WTO.

    Hingga bulan Mei tahun ini, terdapat sebanyak 2,868 entiti dari 91 negara dan kawasan di seluruh dunia yang tersenarai sebagai sasaran sekatan AS. AS telah menjadi pengeluar sekatan unilateral paling banyak di dunia.

    Sebanyak 91.55% responden percaya bahawa sekatan unilateral yang dilakukan AS sewenang-wenangnya itu telah menjadikan keselamatan rantaian perindustrian dan rantaian pembekalan global terjejas teruk.

    Terdapat 95.24% pula mengecam AS melakukan tindakan buli unilateral dengan membesar-besarkan konsep keselamatan negara.

    Tinjauan kali ini dilancarkan pada platform CGTN yang berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Arab. Lebih 6,000 orang responden telah menyertai pengundian dan berkongsi pandangan mereka dalam masa 24 jam.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>