- Lain-lain
Muzium Sejarah 18 Sept Shenyang Terima Bahan Bukti Sejarah Pencerobohan Jepun
Menjelang peringatan ulang tahun ke-93 “Peristiwa 18 Sept”, Muzium Sejarah 18 Sept Shenyang menerima sejumlah bahan bersejarah bernilai yang disumbangkan oleh pengumpul dokumen sejarah, Zhan Hongge pada mutakhir ini.
Bahan sejarah tersebut termasuk 14 risalah yang diterbitkan oleh Jepun pada tahun 1932 hingga 1942 yang merekodkan dan menyaksikan fakta sejarah pencerobohan Jepun terhadap China. Antaranya termasuk Jepun melancarkan "Peristiwa 18 Sept", menduduki wilayah timur laut China, membina rejim boneka Manchukuo, dan seterusnya menceroboh pelbagai wilayah termasuk Peking (Beijing pada masa ini), Nanking (Nanjing), Wuhan, Chongqing dan sebagainya.
Bahan sejarah tersebut adalah bukti kuat tentang sejarah pencerobohan Jepun terhadap China, di samping mendedahkan fakta dan seluruh proses pencerobohan itu.