- Lain-lain
Konsul Jeneral di Nanning: Malaysia Mahu Manfaat CAEXPO Tembusi Pasaran Durian ke China
Malaysia akan menganjurkan Festival Durian dan Kopi pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-21 yang akan datang, bagi membolehkan masyarakat China mengetahui lebih lanjut tentang durian Malaysia.
Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, Ahmad Phadil Ismail ketika diwawancara agensi berita Chinanews Service, ia sekali gus akan memperluas lagi bahagian pasaran di China.
Untuk rekod, CAEXPO edisi ke-21 akan berlangsung di Nanning, wilayah Guangxi pada 24 hingga 28 September dengan memfokuskan kepada pembangunan zon perdagangan bebas China-ASEAN versi 3.0 dan pertumbuhan berkualiti tinggi serantau, di samping mempaparkan hasil kerjasama terkini antara China dan negara-negara ASEAN.
Ahmad Phadil turut berpendapat bahawa CAEXPO memainkan peranan penting dalam menjalinkan kerjasama antara syarikat China dan Malaysia, selain memberitahu bahawa Malaysia akan menganjurkan pelbagai aktiviti selaku negara tetamu kehormat pada CAEXPO kali ini.
Katanya, sejak menyertai CAEXPO pada tahun 2004 dan berterusan sebanyak 20 kali, lebih 2,000 syarikat Malaysia telah mengambil bahagian terutamanya perusahaan kecil dan sederhana dengan jumlah jualan bernilai AS$1.4 bilion serta membantu banyak syarikat menembusi pasaran China.
Dalam pada itu, Ahmad Phadil berkata bahawa syarikat-syarikat dari kedua-dua negara turut menandatangani beberapa perjanjian kerjasama dalam sektor perdagangan produk pertanian termasuk durian segar dan sarang burung.
“Tahun ini durian segar Malaysia dibenarkan untuk memasuki pasaran China. Ia adalah satu peluang, dan turut menjadi cabaran bagi Malaysia,” kata beliau sambil menjelaskan bahawa tempoh pengangkutan dengan penyimpanan yang lebih singkat merupakan antara cabaran yang dihadapi.
“Kami akan sentiasa mengutamakan kualiti dalam menembusi pasaran durian di China,” ujar Ahmad Phadil sambil menzahirkan harapan untuk melihat durian segar Malaysia dapat meluaskan lagi bahagian pasaran dan prestasi jualan di China.
- Shenzhen Terima Kumpulan Pertama Durian Segar Malaysia
- Durian Segar Jadi Tumpuan Pada Festival Taste of Malaysia di Beijing
- Penghantaran Durian Segar Pertama Malaysia Tiba Di China
- Selamat Datang ke Yunnan, Musang King dan Black Thorn!
- China, ASEAN Tubuhkan Perikatan Inovasi Sains dan Teknologi Durian
- Industri Durian Galak Pencergasan Semula Luar Bandar di Selatan China
- Durian Segar Malaysia Kini Dibenar Eksport ke China
- ‘Demam’ Durian di China Kini Merebak ke Snek, Teh Susu, Stimbot
- Thailand Tingkatkan Eksport Durian ke China melalui Penganjuran Pesta
- Dagangan China-ASEAN Rancak, Harga Durian di China Makin Murah