- Lain-lain
China, Malaysia Terokai Potensi Kerjasama Industri Halal
Sidang pemadanan “Koridor Ekonomi Industri Halal China-Malaysia” diadakan di Shanghai pada 10 September, disertai wakil China Silk Road Group, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia serta wakil-wakil daripada 200 perusahaan kedua-dua negara.
Difahamkan, sidang tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh China Silk Road Group serta Halal Development Corporation (HDC) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia bertujuan untuk menerokai potensi kerjasama China dan Malaysia dalam industri halal.
Inisiatif pembangunan “Koridor Ekonomi Industri Halal China-Malaysia” telah diluluskan oleh pelbagai pihak dalam sidang tersebut, yang antaranya melibatkan pembinaan platform jualan dalam talian dan bersemuka serta pensijilan halal.
Pada sidang itu, para peserta turut bertukar-tukar maklumat dan membincangkan potensi kerjasama dalam sektor tersebut.
(Foto ihsan penganjur)