• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Epal Jadi Industri Besar di Yan’an

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 September 2024

    Pada awal musim luruh, haruman buah epal memenuhi ruang udara di sebuah kebun di atas bukit di Kampung Nangou, Gaoqiao, daerah Ansai, Yan’an, di Provinsi Shaanxi.

    Bagi petani buah, Zhao Yongdong yang berumur 68 tahun, buah epal yang bertukar menjadi kemerah-merahan sangat menggembirakan hatinya.

    Pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri epal di kampung itu telah berkembang subur yang menyaksikan pendapatan boleh guna per kapita mencapai RMB21,500 (hampir RM13,000), sementara pendapatan kolektif penduduk kampung mencecah RMB630,000.

    Dengan populasi sebanyak 2.26 juta orang penduduk, sekitar sejuta daripadanya terlibat dalam pekerjaan berkait dengan industri epal, serta memanfaatkan lebih 800,000 petani.

    Difahamkan, pendapatan daripada aktiviti berkait dengan epal menduduki sebanyak 61 peratus daripada pendapatan bersih petani tempatan.

    Sebuah kebun epal di kampung Nangou. (People’s Daily Online/Wu Defeng)

    Sebuah kebun epal di kampung Nangou. (People’s Daily Online/Wu Defeng)

    Menjejak semula laluan yang menyaksikan perkembangan subur industri itu, pengarah pusat industri buah-buahan Yan’an, Lu Shuguo berkata akademi sains semula jadi Yan’an mula memperkenalkan pembenihan epal dan penanaman kajian di Ladang Guanghua pada 1940.

    Tujuh tahun kemudiannya, seorang petani muda, Li Xin’an dari kampung Asi di kaunti Luochuan membawa balik 200 anak pokok epal dari Lingbao di Provinsi Henan dengan hanya menggunakan keldai.

    Tahun demi tahun, penduduk tempatan secara konsisten menerokai dan berinovasi, sekali gus mengubah tanah tandus loess kepada tanah subur yang kini merupakan tempat tumbuhnya epal yang rangup serta manis.

    Usaha pihak berkuasa tempatan untuk menjaga bunga-bunga dan buah-buahan pada pokok epal semasa musim bunga dan luruh, di samping pelaksanaan kempen pencegahan kemarau sepanjang tahun, penanaman bantut dan padat, serta teknologi dan kaedah baharu dilihat berjaya membuahkan hasil apabila kadar buah premium di bandar ini melebihi 85 peratus.

    Pada musim sejuk yang lalu, lebih 40,000 kilogram epal telah dihantar ke Kazakhstan, dan pada musim sejuk yang sama juga, petani dari kampung Nianpangou, bandar Linzhen, daerah Baota Yan’an iaitu Hou Meilin berjaya meraih RMB320,000 daripada penjualan epal.

    Untuk rekod, Yan’an telah membina fasiliti penyimpanan sejuk dengan kapasiti melebihi 1.66 juta tan, dan memanfaatkan Kereta Api Laju China-Eropah, sekali gus membolehkan epal dijual sepanjang tahun, serta mengembangkan jualan dari pasaran domestik kepada global.

    Petani menuai epal di kampung Luoyang, kaunti Luochuan, Yan’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Feng Xuefeng)

    Petani menuai epal di kampung Luoyang, kaunti Luochuan, Yan’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Feng Xuefeng)

    Pada 2019, Zhang Zhixue, seorang petani dari kampung Daya di perbandaran Leichi, daerah Yanchang, Yan'an memutuskan untuk mengambil insurans epal dengan membayar premium RMB960. Pada tahun yang sama, dia menerima pampasan untuk kerosakan hujan batu pada tanaman epalnya. Jelasnya, meskipun hanya membayar kos yang sangat rendah, namun ia sangat membantu.

    Petani menuai epal di kampung Luoyang, kaunti Luochuan, Yan’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Feng Xuefeng)

    Petani menuai epal di kampung Luoyang, kaunti Luochuan, Yan’an, Provinsi Shaanxi. (People’s Daily Online/Feng Xuefeng)

    Ketika ini, enam kaunti dan daerah di Yan'an telah melaksanakan projek perintis untuk insurans epal dengan lebih 24,000 hektar kebun yang diinsuranskan. Projek ini memberi manfaat kepada lebih daripada 30,000 petani, menyediakan perlindungan sebanyak lebih RMB3 bilion, dan telah membayar tuntutan sebanyak RMB110 juta.

    Pada 2023, kawasan penanaman epal Yan'an melebihi 221,000 hektar, dengan pengeluaran 4.64 juta tan. Keluaran daripada buah-buahan segar berjumlah RMB25.91 bilion yuan, dan keseluruhan rantaian perindustrian mencapai RMB50.67 bilion.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>