- Lain-lain
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
Terkenal sebagai ‘Jinmen Guli’ yang membawa maksud ‘kampung halaman Tianjin’, Jalan Kebudayaan Purba Tianjin merupakan tempat terawal bagi urusan perniagaan dan perdagangan, serta salah satu jantung kebudayaan dan cerita rakyat di Tianjin.
Jalan yang terletak di Daerah Nankai Tianjin itu juga terdapat banyak kedai yang terkenal sejak sekian lama.
Tahun demi tahun, kawasan tersebut telah berevolusi daripada hab pakaian tradisional kepada kawasan komersial dan pelancong moden.
Diapit oleh empat lorong pelik, jalan utamanya kini berfungsi sebagai laluan komersial pejalan kaki terbuka, seluas 687 meter dan meliputi kawasan seluas 13,000 meter persegi.
Secara rasminya, jalan tersebut dibuka pada 1986 yang menampilkan kedai-kedai dengan gaya seni bina zaman Dinasti Qing (1644-1911). Selama ratusan tahun, jalan tersebut kekal sebagai mercu tanda bandar itu.
Ban stim yang berinti Goubuli, pencuci mulut dan makanan istimewa tempatan lain boleh dinikmati di sekitar kawasan itu, di samping terdapatnya juga produk seperti figura patung tanah liat berwarna-warni, barang antik, kaligrafi, layang-layang dan lukisan Tahun Baru Yangliuqing.
Dengan terdapatnya pelbagai barang berkualiti, harga yang berpatutan serta produk inovatif, jalan yang penuh bersejarah itu berjaya menarik pelanggan dari jauh.
Sebagai jalan pejalan kaki komersial dan tempat pelancongan popular, Jalan Kebudayaan Purba Tianjin menyajikan para pengujung dengan pengalaman paling tulen di Tianjin.
- 220 Kereta Api Antara Mod Rel-laut Direkod Bawa Mineral Bukan Ferus di Tianjin
- Pelabuhan Tianjin Bina Pintu Masuk Maritim Aras Tinggi untuk Beijing-Tianjin-Hebei
- Rap "Warkah buat Penipu" Polis Tianjin Disambut Hangat
- Maraton Tembok Besar Dianjurkan di Tianjin
- Jambatan Jiefang Warnai Pemandangan Malam Tianjin