• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Perdagangan Buah-buahan Antara China, ASEAN Berkembang Maju

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 24 September 2024

    Buah-buahan sedang dikeluarkan daripada trak di sebuah pusat perdagangan buah di perbandaran Youyi, Pingxiang, wilayah autonomi Guangxi Zhuang. (People’s Daily/Zhang Penghui)

    Buah-buahan sedang dikeluarkan daripada trak di sebuah pusat perdagangan buah di perbandaran Youyi, Pingxiang, wilayah autonomi Guangxi Zhuang. (People’s Daily/Zhang Penghui)

    Hubungan perdagangan yang rapat antara China dengan negara-negara ASEAN khususnya pada tahun-tahun mutakhir ini telah memberikan impak positif terhadap perdagangan buah-buahan yang dilihat telah berkembang maju.

    Di sebuah pusat perdagangan buah di perbandaran Youyi, Pingxiang, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, kehadiran trak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buah dilihat bertali arus.

    Pingxiang yang merupakan bandar pelabuhan terbesar untuk perdagangan buah-buahan antara China dengan ASEAN telah menyaksikan import dan eksport buah sebanyak hampir 1.65 juta tan pada separuh pertama tahun ini, sekali gus meningkat 15.36 peratus dari tahun ke tahun.

    Para pekerja sedang mengangkat buah naga yang diimport dari Vietnam di sebuah pusat perdagangan buah di perbandaran Youyi, Pingxiang, wilayah autonomi Guangxi Zhuang. (People’s Daily/Zhang Penghui)

    Para pekerja sedang mengangkat buah naga yang diimport dari Vietnam di sebuah pusat perdagangan buah di perbandaran Youyi, Pingxiang, wilayah autonomi Guangxi Zhuang. (People’s Daily/Zhang Penghui)

    Perniagaan buah-buahan yang penuh meriah merupakan contoh jelas terhadap perdagangan buah-buahan yang berkembang maju antara China dengan ASEAN.

    Dengan penganjuran tahunan Ekspo China-ASEAN, pelaksanaan penuh Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dalam kalangan semua 15 negara yang mengambil bahagian, dan kerjasama Jalur dan Laluan yang semakin mendalam, kerjasama perdagangan antara China dan negara-negara ASEAN telah semakin rapat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan perdagangan buah-buahan menjadi kemuncak dalam perdagangan produk pertanian antara kedua-dua pihak.

    Ketika ini, China merupakan pasaran eksport terbesar bagi produk pertanian Vietnam, dengan buah-buahan Vietnam seperti durian dan buah naga sangat digemari oleh pengguna China.

    China juga merupakan destinasi utama untuk buah-buahan dari Thailand. Untuk rekod, 16 pelabuhan darat telah dibenarkan oleh kedua-dua pihak untuk mencapai kata sepakat dalam perdagangan buah-buahan.

    Dalam platform e-dagang pula, pangkalan perolehan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berpangkalan di Vietnam dan Thailand telah diwujudkan, sekali gus menjadi saluran baharu untuk produk pertanian tempatan memasuki pasaran China.

    Untuk rekod, dalam tujuh bulan pertama tahun ini, platform e-dagang China melaporkan peningkatan 48.6 peratus dalam jualan durian Thailand.

    Seiring dengan penambahan kepelbagaian buah-buahan baru dari negara-negara ASEAN yang diluluskan untuk memasuki pasaran China, angka pengguna China yang menikmati buah-buahan ASEAN turut bertambah, serta boleh didapat pada harga yang lebih menguntungkan.

    Gao Lingyun, seorang penyelidik di Institut Ekonomi Dunia dan Politik Akademi Sains Sosial China, berkata bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perdagangan buah-buahan yang berkembang pesat antara China dan negara-negara ASEAN.

    Beliau berkata, pelaksanaan penuh RCEP telah memberikan hasil dasar secara berterusan, mengurangkan kos perdagangan dengan ketara serta menggalakkan peredaran buah-buahan dan produk pertanian lain.

    Gao juga turut percaya bahawa faktor seperti ketersambungan infrastruktur yang semakin kukuh, sistem logistik rentas sempadan yang dinaik taraf, dan pelbagai pilihan yang disediakan oleh buah-buahan ASEAN untuk pengguna China telah memberi ledakan terhadap perdagangan buah-buahan

    Sejak pelaksanaan RCEP pada 1 Januari 2022, kerjasama perdagangan produk pertanian dalam kalangan negara anggota menjadi lebih erat.

    Menurut statistik, kemudahan kastam yang dibawa oleh RCEP menyaksikan China berjaya mengimport sejumlah RMB46.61 bilion ($6.57 bilion) durian segar dari negara anggota RCEP seperti Thailand dan Vietnam dalam tempoh 11 bulan pertama 2023, iaitu 1.7 kali lebih tinggi daripada jumlah itu dalam tempoh yang sama 2021, sebelum perjanjian itu berkuat kuasa.

    Dengan pelaksanaan projek-projek utama seperti Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu dan Kereta Api China-Laos, kemudahan rantaian sejuk dan penyejukan di rantau ini telah dipertingkatkan secara berterusan sehingga menyediakan sokongan teknikal penting untuk import buah-buahan China.

    Kini, buah-buahan negara ASEAN menjadi lebih mudah untuk mengakses pasaran China.

    Sebagai "saluran emas" logistik antara China dengan negara-negara ASEAN, Kereta Api China-Laos telah memperlihatkan peranan pentingannya yang semakin meningkat sejak beroperasi.

    Sehingga 22 Ogos 2024, Kereta Api China-Laos telah mengangkut lebih 43 juta tan barangan, termasuk 13,000 tan durian Thailand, pisang dan buah-buahan lain yang dibawa oleh gerabak rantai sejuk.

    Sebuah tren kargo rantai sejuk yang membawa durian Thailand tiba di pelabuhan kereta api di Nanchang, Provinsi Jiangxi pada 11 Julai 2024. (People’s Daily Online/Li Jie)

    Sebuah tren kargo rantai sejuk yang membawa durian Thailand tiba di pelabuhan kereta api di Nanchang, Provinsi Jiangxi pada 11 Julai 2024. (People’s Daily Online/Li Jie)

    Pemain industri turut menegaskan bahawa China dan negara-negara ASEAN telah menunjukkan kesepaduan bermusim dan kategori yang ketara dalam pengeluaran buah-buahan.

    China cemerlang dalam menghasilkan buah-buahan sederhana seperti epal dan pir, manakala negara-negara ASEAN pula merupakan pakar dalam buah-buahan tropika seperti mangga dan durian. Perdagangan buah-buahan antara kedua-dua pihak membantu mengoptimumkan bekalan dan pengedaran buah-buahan di rantau ini.

    Laporan terbaru oleh Akhbar Nhan Dan Vietnam menyatakan bahawa Vietnam kini merupakan pembekal durian dan pisang segar terbesar ke pasaran China. Pasaran China memacu momentum eksport yang kukuh untuk buah-buahan dan sayur-sayuran Vietnam.

    Gabenor Wilayah Chanthaburi Thailand, Monsit Paisarnthanawat berkata pembangunan industri buah-buahan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

    Menurutnya, terdapat puluhan ribu orang yang bekerja dalam industri buah-buahan di wilayah timur Thailand pada masa ini dan pendapatan petani turut meningkat.

    "Kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat dengan pasaran China," tambah gabenor itu.

    Pada masa ini, China sentiasa berusaha untuk meluaskan akses pasaran, meningkatkan kemudahan pelepasan kastam, dan mewujudkan platform perdagangan seperti Pameran Import dan Eksport China, Ekspo Import Antarabangsa China dan Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China untuk memacu pertumbuhan berterusan perdagangan buah-buahan dengan ASEAN.

    Gao berkata, di bawah rangka kerja kerjasama seperti RCEP, China dan negara ASEAN akan menambah baik serta mengoptimumkan lagi mekanisme dan platform kerjasama sedia ada untuk memperdalam kerjasama, sekali gus mewujudkan prospek pembangunan yang lebih baik untuk buah-buahan ASEAN di pasaran China.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>