- Lain-lain
Pencapaian Aeroangkasa China Semakin Relevan dengan Kemaslahatan Manusia - Xi
Presiden China, Xi Jinping di Beijing pada Isnin menyatakan bahawa melalui pelaksanaan projek penerokaan Bulan, China akan terus memegang prinsip sama rata dan saling menguntungkan, penggunaan untuk tujuan damai dan bekerjasama untuk sama menang, mengeratkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang aeroangkasa dalam pelbagai bentuk, berkongsi hasil pembangunan dengan negara lain, menyempurnakan tadbir urus terhadap angkasa lepas agar menjadikan pencapaian sains dan teknologi aeroangkasa semakin relevan dengan kemaslahatan manusia.
Pada hari yang sama, Xi bertemu mesra dengan wakil kakitangan yang terlibat dalam misi Chang'e-6 di Beijing serta mengunjung sampel yang dibawa pulang dari Bulan dan pameran pencapaian projek penerokaan Bulan.
Xi menyatakan, tempoh masa 20 tahun yang lalu telah menyaksikan kemajuan yang besar yang melibatkan dapatan sains, inovasi teknologi, praktik kejuruteraan, aplikasi hasil saintifik dan kerjasama antarabangsa, berturut-turut dicapai dalam pelaksanaan projek penerokaan Bulan. China telah berjaya merintis satu jalan yang berkualiti tinggi dan berkecekapan tinggi dalam bidang penerokaan Bulan, yang dilihat sebagai sumbangan besar bagi perkembangan industri aeroangkasa negara malah kondusif bagi eksplorasi angkasa lepas dalam senario global.
“Angkasa lepas adalah ruang milik bersama manusia, sedangkan penerokaan angkasa lepas adalah misi bersama manusia. Prob Chang'e milik China adalah untuk seluruh umat manusia, berperanan menyediakan pentas yang luas untuk kerjasama saintifik dan teknologi antarabangsa, dan sebagai hasil penyelidikan yang bercirikan China menyumbang kepada penerokaan angkasa lepas dalam senario global. Kita perlu terus mengambil sikap yang terbuka untuk menggalakkan lagi pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bentuk di bidang aeroangkasa, berkongsi hasil pembangunan dengan negara lain, meningkatkan tadbir urus terhadap angkasa lepas, dan menjadikan setiap umat manusia semakin relevan dengan pencapaian sains dan teknologi di bidang aeroangkasa.” Kata Xi.