- Lain-lain
Naib PM China Rasmikan CAEXPO ke-21
China dan ASEAN yang sentiasa bergerak seiringan tampil sebagai model kerjasama yang paling berjaya dan paling dinamik di rantau Asia Pasifik, sekali gus menjadi contoh hidup dalam menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Demikian ujar ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Naib Perdana Menteri Ding Xuexiang ketika berucap merasmikan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-21 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di Nanning, wilayah Guangxi pada Selasa.
Beliau menyuarakan kesediaan China memperkasa kerjasama pragmatik dengan negara ASEAN ke arah menyelak lembaran baharu usaha membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.
Untuk itu, Ding menyarankan agar kedua-dua pihak melonjakkan kesalingpercayaan strategik ke tahap baharu, meningkatkan lagi kerjasama terbuka dan mewujudkan landskap baharu kesalinghubungan melibatkan segenap aspek.
Antara aspek lain yang diberikan penekanan beliau adalah meneroka bidang kerjasama baharu dalam inovasi teknologi dan memupuk titik tumpuan baharu bagi menyuburkan persefahaman dan persahabatan sesama rakyat.
Hendaklah mengambil peluang daripada aktiviti Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-ASEAN untuk memperdalam kolaborasi membabitkan budaya, pelancongan, program latihan serta golongan belia, di samping melaksanakan lebih banyak projek berskala kecil yang berpaksikan rakyat, tambah beliau.
- China Mahu Bersama ASEAN Optimumkan Peranan Platform CAEXPO
- Ding Xuexiang Bakal Hadir Perasmian CAEXPO ke-21
- Ekspo China-ASEAN ke-21 Bakal Dirasmikan 24 Sept
- Malaysia Jadi Negara Tetamu Kehormat CAEXPO ke-21
- UAE Rakan Kongsi Khas CAEXPO ke-21
- CAEXPO Buka Ruang Pameran Teknologi Digital
- Forum Statistik China-ASEAN ke-9 di Nanning pada 16 Sept.
- Ulang Tahun Ke-20 CAEXPO, Unsur ASEAN Terlihat di Merata Guangxi
- Hangzhou Jadi 'Bandar Mempesona' CAEXPO
- Skala CAEXPO Ke-20 Kembali Normal